FOTO: Page FB KDA FC

Live Update Siaran Langsung Perlawanan Kedua Separuh Akhir Piala FA Antara Johor Darul Ta'zim (JDT) VS Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Yang Akan Berlangsung Ahad, 4 Ogos 2024.

Malam esok JDT bakal menerima kunjungan pasukan Kedah bagi perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2024 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Pada aksi separuh akhir pertama di Alor Setar sebelum ini pasukan JDT menang tipis 2-1 dengan gol jaringan Oscar Arribas 24' Romel Morales 90+8', manakala gol Kedah pula dijaringkan oleh Habib Haroon 87'.

Bagaimana dengan perlawanan malam esok? mampukah pasukan Kedah menyekat JDT untuk mara ke Final Piala FA Musim 2024 ini? Sama-sama kita nantikan malam  esok.

Separuh Akhir Kedua Piala FA 2024
Johor Darul Ta'zim VS Kedah Darul Aman FC (agg 2-1)
Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Ahad, 4/8/2024, jam 8.15mlm

Live Separuh Akhir Piala FA Kedua Johor Darul Ta'zim VS Kedah Darul Aman FC 4 Ogos 2024


Keputusan 
JDT 3-0 Kedah
(agg 5-1)

JDT ke Final bertemu Selangor FC

Penjaring Gol
Feroz Baharudin 50'
Bergson 77'
Juan Muniz 83'

Tonton Secara Online
Bagi peminat yang ingin menonton perlawanan ini secara online boleh langgan di Sooka (klik) yang berharga serendah RM13.50.

Rekod Pertemuan KDA FC VS JDT
Piala FA Separuh Akhir 1 2024: Kedah 1-2 JDT
Liga Super 2023: Kedah 3-3 JDT
Liga Super 2023: JDT 6-0 Kedah
Liga Super 2022: JDT 4-1 Kedah
Liga Super 2022: Kedah 1-3 JDT