FOTO: Page FB MSN Malaysia

Live Update/Siaran Langsung Perlawanan Separuh Akhir Badminton Sukan Olimpik Paris 2024 Antara Lee Zii Jia VS Kunlavut Vitidsarn Ahad, 4 Ogos 2024.

Perseorangan Lelaki Badminton Sukan Olimpik Paris 2024

Hari ini Lee Zii Jia akan bertemu Kunlavut Vitidsarn pemain dari Thailand setelah layak ke separuh akhir selepas menewaskan Anders Antonsen dari Denmark dengan keputusan 21-17, 21-15 di pusingan suku Akhir. Manakala Kunlavut Vitidsarn tewaskan pemain pilihan pertama Sukan Olimpik Paris, Shi Yuqi dari China.

Mampukah Lee Zii Jia menjinakkan Kunlavut Vitidsarn dan terus mara ke Final Badminton Sukan Olimpik Paris? Sama-sama kita nantikan petang ini

Separuh Akhir Perseorangan Lelaki
Lee Zii Jia VS Kunlavut Vitidsarn (THA)
Arena Porte de La Chapelle
Jangkaan bermula jam 4.50ptg

Live Separuh Akhir Badminton Sukan Olimpik Paris 2024 Lee Zii Jia VS Kunlavut Vitidsarn 4 Ogos


Keputusan
Lee Zii Jia VS Kunlavut Vitidsarn
(14-21, 15-21) - Zii Jia tewas, ke penentuan gangsa nanti

Rekod Pertemuan Kunlavut Vitidsarn VS Lee Zii Jia
Terbuka Indonesia: Kunlavut Vitidsarn 2-0 Lee Zii Jia
Asian Games 2023: Kunlavut Vitidsarn 1-2 Lee Zii Jia
Terbuka Jerman 2022: Lee Zii Jia 0-2 Kunlavut Vitidsarn
Kejohanan Dunia BWF 2021: Semi Final: Kunlavut Vitidsarn 2-0 Lee Zii Jia
Kejohanan Dunia BWF 2021: Lee Zii Jia 2-0 Kunlavut Vitidsarn
Terbuka Swiss 2021: Kunlavut Vitidsarn 2-0 Lee Zii Jia

--------------------------------------------------------

Keputusan penuh badminton sukan Olimpik bagi pemain Malaysia: Disini