Stand By Me Doraemon 2 berkisar tentang kehidupan Nobita setelah dewasa yang masih sama dengan sikap tidak yakin diri, lemah dan masih dikelilingi oleh Suneo dan Giant serta Shizuka pastinya.
Shizuka dan Nobita semasa kecil |
Kisah bermula bila Nobita (waktu sekarang) tiba-tiba merindui neneknya yang telah lama meninggal dunia. Dengan bantuan Doraemon Nobita kembali ke zaman kecilnya dan bertemu dengan neneknya. Walaupun pada mulanya dia hanya ingin melihat neneknya dari jauh, dia tidak dapat menahan perasan untuk berjumpa neneknya secara berdepan. Dia menceritakan yang dia dari Masa depan dan sangat mengejutkan apabila neneknya mempercayainya.
Nenek menyatakan hasrat untuk melihat dia berkahwin dan disinilah kisahnya bermula. Nobita cuba untuk memenuhi keinginan neneknya lalu memaksanya untuk pergi ke Masa hadapan dan melihat dirinya yang telah dewasa.
Berbagai masalah yang timbul sewaktu pengembaraan ke sana. Siapakah pasangan Nobita di masa hadapan? Adakah Shizuka, kekasih hatinya sejak dari kecil? Tontonlah sendiri untuk mengetahuinya.
ulasan oleh: ShashaEsah [isteri saya]
0 Ulasan