Resepi Kue Pancong/Gandos
Resepi Serta Cara Membuat Kue Pancong Atau Gandos
Bahan-Bahan
250 gram tepung beras
250g kelapa parut putih
1sdm tepung gandum
1/2 sdt garam halus atau secukupnya
*650ml santan
*2-3 helai daun pandan
Gula pasir secukupnya untuk ditabur diatasnya apabila kuih hampir masak (boleh juga tabur cheese atau coklat, ikut selera masing-masing)
Cara-caranya
-Santan dan daun pandan dimasak sebentar, jangan sampai pecah minyak, Sejukkan hingga suam-suam kuku gitu
-Satukan tepung beras, tepung gandum, kelapa parut dan garam, gaul rata
-Tuang santan sedikit dahulu dan gaul rata2, mcm diuli gitu. Selepas dah betul2 rata baru tuang santan lagi sedikit demi sedikit. Cara sebegini supaya adunan tidak bergentel
-Biarkan adunan sebentar agak2 15 minit gitu
-Panaskan acuan (saya guna acuan kue pukis jer), oleskan dgn majerin.. Bila acuan dah panas tuang adunan hingga penuh dan tutup
-Bila kuih agak2 hampir nak masak, tabur gula pasir diatasnya dan tutup semula. Biarkan hingga masak
kredit: Nor Sheemz (group mahn)
0 Ulasan