Sinopsis Kimchi Raya di TV9 sempena Hari Raya 2014
Mengisahkan Jihan (Nad Zainal), kerani di sebuah syarikat agensi pelancongan yang sangat meminati rancangan dan drama Korea.

Gadis itu sentiasa berangan-angan untuk menyambut Aidilfitri di Korea Selatan dan impian itu menjadi kenyataan apabila dia memenangi tiket penerbangan ke Korea Selatan selepas menyertai satu pertandingan.

Kebetulan pula tarikh penerbangan ke negara itu pada Syawal. Ketika bercuti di Korea, Jihan bertemu seorang lelaki kacukan Melayu-Korea bernama Kang Gary (Syahrul Ridzwan) yang putus cinta. Namun selepas berkenalan, Jihan lama-kelamaan jatuh cinta dengan Kang Gary. (Sinopsis petikan metro)

Lakonan
Nad Zainal, Syahrul Ridzwan, Norish Karman dan Shah Iskandar

Hari raya kedua, jam 12.30 tengah hari  di TV9