Drama 7 Suami TV9 Episod Akhir
Perkahwinan Yah dengan Haji Dollah musnah menyebabkan wanita itu merantau ke Kuala Terengganu sebelum bertemu dengan lelaki bernama Budi. Namun cinta mereka tidak bertahan kerana sikap Budi yang suka berjudi.
Perjalanan Yah mencari bahagia diteruskan lagi apabila Yah sudi menerima Datuk Naza yang ikhlas sehingga sanggup menjadi isteri kedua.
Disebabkan cemburu, Yah dimusuhi isteri pertama sehingga keguguran dan Datuk Naza mengambil keputusan untuk menceraikan wanita itu kerana tidak sanggup melihat dia dikasari.
Hampir setahun Yah menjanda dan sekali lagi berkahwin dengan Kamal ketika menjadi pembantu kedai lelaki itu. Malang menimpa Yah apabila Kamal lumpuh dan meninggal.
Wanita itu mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya, namun kehadiran dia tidak disenangi Suri yang sudah menjadi isteri Ihsan.
Yah berkahwin dengan Azli selepas dituduh berkhalwat dan difitnah oleh Suri sehingga mereka terpaksa berkahwin, namun cerai tidak lama kemudian.
Janda malang itu kemudian mencari Kak Timah, kakak Kamal yang sakit dan dia membuka semula kedai runcit arwah suaminya itu.
Di situ dia berkahwin dengan Luqman kerana tertarik dengan sikap penyayang dan romantis lelaki itu, namun Yah tidak menyedari suaminya itu sebenarnya bapa ayam.
Pada masa sama, Ihsan mencari Yah selepas isterinya meninggal dan mendapat tahu mengenai perangai sebenar Luqman melalui Ah Keong. (sinopsis dari metro)
Lakonan
Izreen Azminda, Aiman Hakim Ridza, Kaza, Yuswaisar, Esma Daniel, Azhar Sulaiman, Fazreen Rafi dan Azhan Rani.
Selasa, 25/3/2014 - jam 8.30 malam di TV9
Klik - Separuh Jiwaku TV9 Ganti 7 Suami

Sinopsis Episod Akhir 7 Suami TV9 (25 Mac 2014)
Related Post
- Sinopsis Filem Animasi Ribbit Sinopsis Ribbit Mengisahkan seekor katak bernama Ribbit yang mengalami masalah identiti. Berbe…
- Sinopsis Filem Lu Mafia Gua Gangster (21 April 2016) Sinopsis Lu Mafia Gua Gangster Lakonan Kumpulan Zero ( Syaiful, Sharif Dan Atu) Mengisahkan Amir l…
- Sinopsis Filem Suatu Malam Kubur Berasap 2 Sinopsis Suatu Malam Kubur Berasap 2 Lakonan SHIRO Raja Lawak 6 Dan Azad Jazmin Kemeriahan dunia l…
- Sinopsis Filem TEMBUS Sinopsis TEMBUS Lakonan Aaron Aziz, Fazura, Khir Rahman, Luna Maya dan Mia Sara Konflik keluarga …
0 Ulasan