Sinopsis Separuh Jiwaku TV9
Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Hanna Dalila lakonan Elfira Loy yang mengusahakan sebuah kedai dobi sebagai sumber pendapatannya. Dia merupakan anak yatim piatu dan dipelihara oleh emak saudaranya semenjak kecil.
Sementara itu, Emir Izlan (Aedy Ashraf) yang merupakan seorang pemuda kampung bekerja sebagai pemandu kepada Datuk Darwish dan Datin Sofinah.
Emir merupakan anak kandung Datin Sofinah tetapi seringkali Datin Sofinah mengingatkan Emir supaya pertalian darah mereka tidak diketahui oleh Datuk Darwish.
Emir menyewa bilik di atas kedai dobi Hanna dan apabila terlihatkan Hanna pertama kali, dia sudah mula sukakan Hanna dan berkawan rapat dengan Hanna.
Bagaimanapu, Datuk Darwish yang merupakan pelanggan tetap kedai dobi turut meluahkan hasrat untul berkahwin dengan Hanna.
Emir juga terkejut kerana Hanna juga menunjukkan respon positif dan mahu berkahwin dengan lelaki itu.
Semenjak itu Emir mula menyimpan dendam terhadap Datuk Darwish kerana merampas wanita yang dicintainya. (sinopsis dari mstar)
Lakonan
Elfira Loy, Aedy Ashraf, Hafizuddin Fadzil, Jasmin Hamid dan Liza Abdullah
Bakal menggantikan drama 7 Suami (akhir 25 Mac)
Selasa dan Rabu, 8.30 malam di TV9

Separuh Jiwaku (TV9 Slot Ratu) Ganti 7 Suami
Related Post
- Trailer & Sinopsis Filem Tiada Tajuk (4 April 2019) sumber gambar - page fb Mawi World Sinopsis Serta Trailer Filem Tiada Tajuk Lakonan Hazama, …
- Sinopsis Resort Berhantu TV3 (Cerekarama) Telemovie Resort Berhantu Di TV3 (Cerekarama) Lakonan Izzue Islam Ain Edruce, Jaja Ilyas, Amirul F…
- Lirik Lagu Jangan Berhenti (OST Mencari Qiblat TV3) - Hafiz Hamidun Lirik Lagu OST Drama Mencari Qiblat TV3 - Jangan Berhenti (Hafiz Hamidun) Nyata inilah ketentuan …
- Sinopsis Batin Aram-Aram TV1 (Panggung Seri) Telemovie Batin Aram-Aram Di TV1 Slot Panggung Seri Lakonan Iskandar Zulkarnain, Hushairi Hussain,…
0 Ulasan