Sinopsis drama Arrow TV3
Mengisahkan apabila jutawan Starling City, Oliver Queen (Stephen Amell) yang menghabiskan masa lima tahun terkandas di sebuah pulau selepas kapal yang dinaikinya karam, mangsa lain termasuklah bapanya, Robert Queen dan adik bekas teman wanitanya, Sara Lance.
Kepulangan Oliver ke Starling City disambut oleh ibunya, Moira bersama suami barunya, Walter Steele dan adiknya, Thea. Dia juga diraikan oleh rakan karibnya, Tommy Merlyn (Colin Donnell), anak ahli perniagaan berjaya, Malcolm Merlyn.
Sejak kembali ke Starling City, berlaku perubahan yang besar pada diri Oliver. Setiap malam beliau akan mengenakan pakaian jaket kepala berwarna hijau bagi merahsiakan identitinya lengkap dengan senjata busur panah.
Tujuan Oliver adalah untuk menunaikan permintaan terakhir bapanya. Robert Queen mahu melihat kumpulan penjenayah dihapuskan dan mengembalikan keharmonian di Starling City seperti sediakala serta membaiki kesilapan keluarga Queen.
Arrow diadaptasi dari komik Green Arrow
Lakonan
Stephen Amell, Katie Cassidy, Colin Donnell, David Ramsey, Willa Holland, Susanna Thompson dan Paul Blackthorne
Mulai 22 Oktober 2013, setiap Selasa jam 11 mlm di TV3
0 Ulasan