7 cara berkesan untuk mengkritik rakan sekerja

1. Kenal pasti perilaku yang ingin dikritik
Sebelum kritik pastikan anda mengkritik perilaku yang dilakukan bukan dirinya. Bimbang andai anda tersalah kritik, timbul masalah lain seperti bermasam muka dan tak sehaluan pendapat. Jika sudah nampak perilaku negatif itu cuba kritik dengan guna bahasa lembut agar dia dapat terima dengan baik.

2. Kritik dengan lebih spesifik
Berterus terang dengan kesalahan rakan itu lakukan agar dia lebih memahami dan terus berubah untuk menjadi pekerja yang baik kemudian hari. Kemudian nyatakan dengan lebih jelas kesalahan yang dia buat agar dapat dia tingkatkan mutu kerjanya.

3. Tunjuk bahawa anda sedia untuk membantu
Ketika kritik rakan, tunjukkan bahawa anda sedia untuk bantu dirinya bagi mengatasi kesilapan yang dilakukan agar dia rasa anda ambil berat ke atas dirinya dan akan menerima setiap kritikan yang anda katakan. Walaupun pedih, dia dapat rasai bahawa anda prihatin dengan setiap tingkah lakunya.

4. Jangan berkias atau menyindir
Ini haruslah dijauhi kerana mereka akan berkecil hati dengan anda dan agak sukar untuk kalian bekerjasama kemudian hari. Ungkapkan kritikan anda itu dengan perkataan yang lebih jelas agar dia mudah faham.

5. Jangan naikkan intonasi suara
Ketika kritik jangan sesekali naikkan intonasi suara itu agar dia tidak berkecil hati. Bila anda guna nada suara tinggi akan kelihatan kasar dan marah dengan kesalahannya itu lalu membuatkan dia berasa hati dan sukar menerima kritikan anda malah tidak lagi menegur sapa dengan anda.

6. Tawarkan bantuan
Jangan sekadar memberi kritikan tapi cuba hulurkan bantuan untuk menyelesaikan masalahnya. Bantulah apa yang perlu dan pantau setiap kerja yang dilakukan agar kesilapan yang dilakukan tidak berulang kembali.

7. Tunjukkan bahawa anda memahami perasaan rakan itu
Meletakkan diri anda di tempatnya dan mendalami perasaannya ketika itu kemudian cuba berkongsi pengalaman pahit itu bersamanya agar dia rasa diri tidak terlalu dibebani dengan hal-hal urusan kerja pejabat.


**Semoga hubungan anda dengan rakan baik-baik saja**-------------

petikan metro - artikel asal bertajuk Suka cari pasal (Gen Y @ Metro)