3 aplikasi penting pada bulan Ramadhan di Kuala Lumpur 

Musim Ramadhan adalah masa untuk bersyukur dan meningkatkan kesabaran iman. Akan tetapi, musim Ramadhan boleh menjadi masa yang memberikan tekanan tinggi untuk pengemudi jalan raya yang sesak dan sibuk di Kuala Lumpur. Semua orang sentiasa tergesa-gesa ke sini-sana, mahupun bergegas rumah untuk berbuka puasa atau bergegas ke kerja selepas sahur. Berikut adalah beberapa aplikasi yang mungkin membuat bulan Ramadhan lebih mudah diurus untuk pengguna BlackBerry 10:


Kuala Lumpur City Guide oleh TripAdvisor 
Di bulan Ramadhan, salah satu aktiviti yang boleh membawa dan keluarga bersama adalah bila berbuka puasa. Berbuka puasa bersama kawan dan keluarga juga boleh menawarkan peluang untuk mencuba restoran baru di sekitar bandar, terutamanya restoran yang menawarkan menu Ramadhan. Akan tetapi, bagaimana mencari restoran yang sesuai menggunakan telefon BlackBerry 10 anda? Panduan bandaraya Kuala Lumpur yang diterbitkan TripAdvisor adalah tapak permulaan yang baik.

App ini menarik maklumat daripada pangkalan data TripAdvisor sendiri. Maklumat ini mengandungi senarai yang menyeluruh seperti ulasan pengguna untuk restoran, hotel, tarikan tempatan dan lokasi lain yang menarik. Aplikasi ini boleh memberi maklumat mengenai pengalaman pelanggan lain di sesebuah restoran, tips  memesan dari menu dan gambar-gambar lokasi dan makan yang ditangkap oleh para pengguna. Ia juga menawarkan ciri-ciri berguna lain seperti arahan, nombor telefon dan peta, semua ditapak tangan anda apabila mengguna telefon pintar anda. TripAdvisor mempunyai lebih daripada 50 juta ulasan restoran, hotel dan lokasi lain di seluruh dunia. Aplikasi Kuala Lumpur City Guide boleh digunakan  dalam moda “offline” dan anda boleh memuat naik maklumat di aplikasi apabila anda disambung semula ke akses internet. Ciri ini menjadikan aplikasi ini sangat bernilai untuk telefon pintar anda di musim Ramadhan ini.

Trafik Malaysia
Sama ada anda sibuk mencari restoran untuk berbuka puasa atau hanya ingin sampai ke destinasi anda, ia adalah penting untuk mempunyai peralatan yang betul untuk membantu anda. Apikasi pemetaan amat penting dan boleh didapati di BlackBerry 10 anda. Aplikasi Malaysia Trafik menawarkan pilihan yang menarik.

Trafik Malaysia menawarkan beberapa ciri unik untuk pengguna peta berpengalaman. Ia menawarkan ciri-ciri seperti “live feed” melalui kamera lalu lintas awam untuk kebanyakan lebuh raya di Malaysia. Anda juga boleh menyemak status trafik jalan raya utama di Malaysia pada masa-masa tertentu. Ciri-ciri ini menjadikan ia sangat berguna untuk Blackberry 10 apabila anda ingin mencari restoran yang khas untuk berbuka puasa dengan kawan dan keluarga.

Ciri-ciri lain yang menarik adalah kebolehan ia memaparkan aliran Tweet yang mengandungi hashtag #KLtraffic. Hashtag ini di kemas kini segera berdasarkan “update” pengguna jalan raya. Ini akan memberikan anda maklumat keadaan jalan raya lebih terperinci seperti road-block, kemalangan dan lopak-lopak di jalan raya. Trafik Malaysia adalah aplikasi pemetaan penting untuk telefon pintar anda.

TheStar Mobile Lifestyle
The Star adalah akhbar bahasa Inggeris yang paling popular di Malaysia. Akhbar yang ditubuhkan pada tahun 1971 ini mempunyai edaran kira-kira 300,000 naskah sehari di seluruh negara. Ia adalah sumber yang baik untuk mengetahui destinasi buka puasa menarik. Kini dengan TheStar Mobile Lifestyle app anda boleh menerima maklumat terkini di BlackBerry 10.

Aplikasi TheStar Mobile Lifestyle menawarkan berita Inggeris terkini dari seksyen gaya hidup akhbar harian ini. Ini amat berguna untuk mengurus aktiviti Ramadhan dan penyediaan Hari Raya. Aplikasi ini berfungsi untuk BlackBerry 10 dan tablet-tablet.

Aplikasi TheStar Mobile Lifestyle juga boleh ditemani aplikasi TheStar Mobile News. App ini mengandungi saluran berita umum dari akhbar utama The Star. Berita umum mungkin berguna pada musim Ramadhan bukan sekadar untuk mengurus aktiviti berbuka puasa tetapi juga untuk berita waktu sahur terkini. Diguna bersama, kedua-dua aplikasi ini sangat berguna untuk Blackberry 10 anda.

Untuk memudahkan pengurusan harian di bulan Ramadhan, cubalah muat turun applikasi-applikasi ini untuk telefon pintar BlackBerry 10 anda. Semoga anda dapat meluangkan lebih masa dengan keluarga.

Thanks to Banyu Putro (Mavens of London)