Lima Tips Mudah Atasi Tekanan
Tip untuk membantu anda mengatasi tekanan agar tidak melarat..
1) Menyanyi sekuat hati
-Lakukan rutin harian seperti biasa namun cuba menyanyi sekuat hati ketika sedang mandi, memandu, memasak. Salurkan kemarahan anda melalui nyanyian.
2) Nikmati makanan ketika makan
-Ketepikan semua gangguan dan fokus kepada hidangan yang sedang dinikmati pada ketika itu. Nikmati makanan anda dengan melihat warna, tekstur dan rasa hidangan. Amalan ini secara tidak langsung akan membantu anda untuk tidak terlebih makan.
3) Meditasi dan refleksi
-Tarik nafas panjang dan cubalah membuat senaman seperti yoga yang mampu meningkatkan kesabaran seseorang individu. Carilah pusat yoga yang berdekatan atau boleh lakukan senaman yoga sendiri di rumah dengan mengikuti teori-teori yang terdapat di internet.
4) Beri pujian
-Berikan pujian kepada sahabat handai yang rapat dengan anda juga dapat membantu membuatkan anda berasa lega. Jika kita memberikan pujian kepada orang lain, maka pujian itu akan turut dibalas dengan kata-kata baik yang membantu menaikkan semangat anda.
5) Ketawa
-Ketawa adalah pengubat duka kerana dapat membuatkan individu itu relaks dan tenang. Tetapi jangan terlebih ketawa nanti lain pulak jadinya.
0 Ulasan