Hadith
Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim”.
Riwayat: Bukhari dan Muslim
Huraian Hadith
Hubungan silaturahim menjamin rezeki yang berlipat ganda daripada Allah dan dipanjangkan umur.
Silaturahim dalah merupakan sifat yang mulia yang dituntut oleh Islam.
Hadis ini menunjukkan kelebihan silaturahim dengan keberkatan hidup, murah rezeki, menjaga kesihatan, meninggalkan nama yang baik selepas mati, keturunan yang soleh, mendapat dorongan untuk beribadah dan memelihara waktu dan sebagainya.
Maksud diluaskan rezeki dan panjang umur dalam hadith ini ialah bertambah berkat kedua-duanya.
Sumber : Kitab Riyadh as-Solihin
sumber-http://www.islam.gov.my

Silaturahim Memanjangkan Umur & Murah Rezeki
Related Post
- 2 Nikmat Kurniaan AllahHadithDaripada Abdullah bin Abas RA katanya, Rasullullah SAW bersabda, “Dua nikmat, banyak manusia ru…
- Akhlak Ahli Syurga & NerakaHadith Daripada Harithah bin Wahab RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tidakkah aku a…
- 6 Cara Capai Keredaan AllahApapun yang kita laksanakan dalam kehidupan di dunia ini, seharusnya menuju kepada matlamat memperole…
- 2 Golongan Wajib DibantuHadithDaripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Orang yang berusaha membantu janda dan or…
0 Ulasan