Sinopsis
Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman.
Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan.
Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.
Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora.
Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya.
Mulai 29 November, setiap hari Isnin - Khamis jam 4.30 petang.

Putera Katak Slot Lagenda TV3 - Sinopsis Drama Putera Katak
Related Post
- Selamat Pengantin Madu Slot Lestary TV3Sinopsis Selamat Pengantin Madu TV3 Mengisahkan Hana (Fasha Sandha) yang mengecapi kebahagiaan r…
- Sinopsis Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya (Astro First) Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya Mengisahkan sekumpulan penduduk kampung yang cukup teruja untuk …
- Maaf Jika Aku Tak Sempurna (TV3 Slot Akasia) Ganti Rindu Awak 200% Sinopsis Maaf Jika Aku Tak Sempurna Mengisahkan mengenai dua hati yang mencari satu cinta. Luqman …
- Sinopsis Suamiku Encik Sotong (Astro Ria & Maya HD) gambar dari facebook ROTIKAYA Drama Suamiku Encik Sotong Mengisahkan hubungan Farish (Sharna…
2 Ulasan
tanak cimu itu katak, wekkk =p
BalasPadamfairy tales ni
BalasPadam