Sinopsis
Selepas penceraian Raja Soffhilea (Raja Soffhie) dengan Redhuan, Raja Soffhie merasakan dirinya bebas dari penjara yang diciptakan Redhuan terhadap diri dan anak-anaknya yang begitu menyeksa batin sehingga meninggalkan kesan fobia dalam menjalani kehidupan harianya. Kesan itu turut dirasai oleh ke empat-empat anaknya yang seakan melalui mimpi ngeri dalam hidup mereka. Penceraian itu membuatkan Raja Soffhie menjadi seorang yang lebih kuat dalam membentuk empayar perniagaannya.

Imran (Im) seorang budak kampung, anak penoreh getah tidak menghalang dirinya untuk maju sebagai seorang usahawan stesyen minyak yang berjaya. Dan kejayaan itu membuatkan Im merasa lebih yakin untuk mengembangkan perniagaannya hingga ke Kuala Lumpur. Perkenalannya dengan Raja Soffhie, yang juga merupakan rakan kongsinya mengangkatkan lagi martabat Im sebagai usahawan berjaya sebaris dengan usahawan lain.

Raja Soffhie adalah seorang yang berpesonaliti menarik. Dia begitu menitik-beratkan penerampilan diri dalam membentuk empayar perniagaan batik moden untuk pasaran antarabangsa. Dalam usaha mempromosikan batik moden ke pasaran lebih luas, Raja Soffhie menganjurkan “BATIK TO THE WORLD” fashion show atas permintaan agen-agen pemasaran luar negara. Dengan memiliki beberapa orang pereka tempatan terkenal seperti Nazrul, Coco dan Isac menjadikan syarikat batik moden Raja Soffhie ada nilai komersial tersendiri.

Dalam kesibukan Raja Soffhie menguruskan perniagaannya, dia terpaksa menghadkan perhatian terhadap anak-anaknya. Memandangkan Im yang begitu rapat dengan anak-anak Raja Soffhie, menjadikan Im begitu disenangi dan sikap ambil berat serta penyayang yang ditunjukkan oleh Im terhadap anak-anak Raja Soffhie sehinggakan mereka menganggap Im sebahagian dari hidup mereka. Sementara itu Hanif, anak Raja Soffhie yang meminati tarian mempunyai impian memiliki studio tarian mendapat dorongan dari Im untuk menyertai persembahan teater muzikal yang dianjurkan oleh persatuan Kelab ARMA (Kelab Artis dan Masyarakat) dengan menganjurkan aktiviti bagi menyampaikan mesej dan membentuk masyarakat.

Pengarah
Eddie Pak

Lakonan
Catriona Ross,Fahrin Ahmad,Awie,Eman Manan,Scha,Adam (AF2) dan Zarina Zainoordin (AF2)