IPSWICH, England - Ibarat pantang maut sebelum ajal, seorang remaja Britain berusia 13 tahun masih hidup walaupun disambar petir kira-kira pukul 13:13:13 atau 1.13 petang waktu tempatan kelmarin pada satu festival udara tahunan di sini.
Secara kebetulan, insiden malang itu pula berlaku pada tarikh 13 hari bulan namun, mangsa yang tidak didedahkan identiti itu hanya mengalami lecur kecil dan dikejarkan ke Hospital James Paget di Lowestoff oleh petugas kecemasan.
"Dia bernasib baik kerana lazimnya, kes sebegini akan berakhir dengan kematian," kata ketua pasukan St. John Ambulans di tapak festival itu, Rex Clarke yang turut merawat dua lagi mangsa yang juga disambar petir di situ. - Agensi
sumber-kosmo
Related Post
- Saat menilai cintaSETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememang…
- Basikal lipat atasi kes curiBasikal lipat di tiang atasi kes curiLONDON - Seorang penuntut Britain, Kevin Scott menjadi perhatian…
- ikan berwajah manusiaGempar ikan berwajah manusiaDAGENHAM - Seekor ikan peliharaan di Britain menggemparkan pemiliknya ker…
- Lapangan terbang ditutup sebab UFOLapangan terbang terpaksa ditutup sebab UFOBEIJING - Sebuah lapangan terbang antarabangsa di timur Ch…
2 Ulasan
no 13 mlng bg penganut kristian..tp bg ahli freemason 13 no yg pling disukai..&bertuah..
BalasPadamuhuhuh tak tau pasal no 13 nie...
BalasPadam