Berikut beberapa tip yang boleh dicuba untuk mengelakkan pembaziran dalam berbelanja dan pada masa sama, dapat menghangat­kan lagi suasana Aidilfitri kali ini.

# Rancang barangan yang ingin dibeli sebelum keluar rumah. Catatkan barang yang diperlukan lalu bawa kertas catatan itu ke mana-mana dan patuhi apa yang sudah anda tetapkan dalam kertas itu.

# Sebelum keluar rumah, bawa wang tunai saja mengikut jumlah harga barangan yang ditetapkan dalam kertas catatan itu. Tinggalkan kad kredit di rumah atau minta pasangan anda menyimpannya.

# Elakkan membawa anak-anak ketika membeli-belah kerana kehadiran anak-anak biasanya mendorong kita membeli barangan yang tidak sepatutnya.

# Jika ingin membeli ­barangan di luar perancangan, berhenti seketika dan berikan masa untuk berfikir. Jangan terus membelinya. Lebih baik pulang dan memikirkannya di rumah selama beberapa hari. Andai anda memerlukannya, barulah dibeli.

# Beli secara pukal. Ia jauh lebih murah berbanding jika membeli secara sedikit demi sedikit. Begitu juga dengan saiznya. Beli barang sama ada untuk stok seminggu atau sebulan kecuali bara­ngan segar seperti sayuran, ayam dan ikan.

# Bekas makanan lama boleh digunakan untuk menyimpan barangan kecil di rumah. Caranya, balut bekas itu dengan kertas berwarna atau cat dengan warna kegemaran anda.

# Kertas dan kadbod lama sesuai digunakan untuk melapik serta menyimpan permainan. Kertas yang sudah digunakan pula boleh dijadikan kertas conteng untuk anak-anak. Jangan lupa mengitar semula jika ia tidak boleh digunakan lagi.

# Baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca. Ia memang sesuai sebagai alas kaki.

# Gantikan langsir di ruang tamu dengan langsir di dalam bilik dan lakukan sebaliknya. Begitu juga perabot. Susun atur semula kerana ia mampu mencetuskan suasana baru di ruang itu.

# Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan misalnya bekas bunga plastik dan kotak menyimpan majalah.

sumber-metro