Pada tahun 2005, Mitsubishi memperkenalkan satu versi konsep bagi model Evolution generasi seterusnya pada Pertunjukan kereta Tokyo ke-39, dinamakan sebagai Concept-X,rekaan Omer Halilhodžić di pusat reka bentuk syarikat di Eropah.
Mitsubishi turut mendedahkan kereta konsep kedua, Prototype-X, pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Amerika Utara 2007 (NAIAS).
Model sedan Lancer Evolution X menampilkan enjin serba baru iaitu enjin aluminium 4B11T 2.0 L turbo, 4 sebaris. Kuasa dan tork adalah bergantung kepada pasaran tetapi kesemuanya menghasilkan sekurang-kurangnya 280 PS (276 hp, 206 kW) bagi spesifikasi Jepun; spesifikasi Malaysia pula menghasilkan 295 PS (217 kW) @ 6,500 rpm. Versi yang dijual di Malaysia menggunakan kotak gear klac berkembar 6 kelajuan serba baru bagi menggantikan transmisi manual 6 kelajuan pada Evolution IX.
Paskuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula menggunakan kereta Evolution X bermula Disember 2008 bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang yang lebih berkesan. Namun demikian, model yang digunakan oleh PDRM menggunakan transmisi manual 5 kelajuan.
sumber-wikipedia
4 Ulasan
mmg kencang la ni..
BalasPadamwah...patut la aku race kalah...rupa2nya evo 10...igtkan waja convert..hehe..
BalasPadamkereta idamanku..:)
BalasPadamwah berkenan betol aku kt kete ni...merah pulak tu!!!menggoda betol...
BalasPadamhish saba...pose ni!