
Lancer Evolution VIII adalah unik berbanding pendahulu dan penggantinya, memandangkan ia adalah satu-satunya model Evo yang menggunakan teras separa segitiga tengah yang sama seperti pada model Lancer, Adventure, Strada, Grandis, Montero dan Outlander.
Lancer Evolution VIII MR menggunakan penyerap hentak Bilstein untuk pengendalian yang lebih mantap. Panel bumbung aluminium serta pengurangan lain pada berat badan telah merendahkan pusat graviti bagi menghasilkan perwatakan olengan yang lebih semulajadi. Pembaharuan yang lebih lanjut juga dilakukan pada pacuan empat roda elektronik, kepada sistem cengkaman ACD 5 + Super AYC 6, dan kepada sistem Sports ABS. Lancer Evolution VIII yang ditunjukkan pada Pertunjukan Kereta Jepun 2003 mengambil penampilan MR yang biasanya dihadkan pada model berprestasi tinggi (pertama kali digunakan pada GTO). Bahagian lain pada MR termasuklah rim aloi BBS, penyerap hentak Bilstein seperti yang sudah diterangkan tadi, serta bumbung aluminium. Di United Kingdom, beberapa vairan khas Evolution telah dikeluarkan, termasuklah FQ300, FQ320, FQ340, dan FQ400. Masing-masing datang dengan kuasa kuda 305, 320, 340, dan 400 hp (227, 239, 254 dan 298 kW). Dikatakan 'FQ' merupakan kependekan kepada "Fucking Quick".
Model FQ400, dijual melalui Ralliart UK, menghasilkan 302.13 kW (405.2 hp) daripada enjin 2.0 L 4G63, hasil daripada penalaan enjin yang agresif oleh firma-firma British iaitu Rampage Tuning, Owen Developments, dan Flow Race Engines. Pada 202.9 hp (151.3 kW) seliter, ia merupakan antara angka keluaran kuasa kuda tentu seliter yang tertinggi berbanding mana-mana enjin kereta jalanan yang lain. Dengan berat kering 1450 kg, pecutan 0-100 km/j dicapai dalam masa 3.5 saat, 0-160 km/j pula dalam masa 9.1 saat, pencapaian semasa ujian drag 400 m adalah dalam masa 11.9 saat pada kelajuan 195 km/j, serta kelajuan maksimum dicapai pada 283 km/j manakala harga jualan di UK adalah sejumlah £47,000.
sumber-wikipedia
0 Ulasan