Basikal lipat di tiang atasi kes curi

LONDON - Seorang penuntut Britain, Kevin Scott menjadi perhatian pada pameran Pereka Muda Kedua di Islington, utara London dengan mempamerkan basikal yang boleh dilipat, lapor sebuah akhbar semalam.

Basikal ciptaan pelajar Universiti De Montfort itu menggunakan sistem lengkungan sehala yang dapat dibengkok pada sebatang tiang lampu untuk dikunci dengan selamat tanpa menggunakan pengunci rantai.

Scott, 21, berkata, basikal unik itu dicipta bagi menangani kes kecurian basikal di sekitar London yang semakin membimbangkan pihak berkuasa dan masyarakat sehingga mencatatkan rekod lebih 52 kes kehilangan pada setiap hari.

Basikal itu boleh kembali kepada bentuk asal dengan pantas dan mampu disimpan di dalam mana-mana tempat yang bersaiz kecil. - Agensi

sumber-kosmo