Mikoyan MiG-35 (bahasa Rusia: Микоян МиГ-35) yang juga dikenali dengan nama pengenalan NATO, Fulcrum F merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai guna yang ditingkatkan prestasinya daripada variasi terdahulu MiG-29M/M2 dan MiG-29K/KUB. Pesawat ini diklasifikasikan sebagai pesawat udara tempur generasi ke-4.5. MiG-35 dikelaskan sebagai pesawat udara berat-sederhana kerana kemampuan untuk belepas dengan berat maksimumnya meningkat sebanyak 30% di mana melebihi ukuran klasifikasi sebelum ini.

MiG-35 telah dipamerkan secara rasmi ketika Menteri Pertahanan Rusia, Sergey Ivanov melawat Loji Bangunan Mesin Lukhovitsky "MAPO-MIG".[1] MiG-35 telah dipertingkat dengan sistem avionik dan persenjataan yang jauh lebih baik berbanding variasi terdahulunya, radar Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif (AESA) baharu dan rekaan unik Sistem Pengesan Optikal (OLS), memberi kelebihan kepada pesawat ini selain sistem pintasan kawalan-darat (CGI) serta mampu membawa pelbagai misi secara individu.

Pesawat ini dijual dengan 2 variasi iaitu MiG-35 (1 tempat duduk) dan MiG-35D (tempat duduk berkembar).

sumber-wikipedia