Sukhoi Su-47 Berkut (Rusia: Су-47 Беркут - Golden Eagle), juga dikenali sebagai S-32 dan S-37 semasa pembangunan awal, adalah sebuah pesawat pejuang supersonik eksperimen yang dibangunkan oleh Sukhoi Aviation Corporation.

Ciri yang membezakan pesawat ini adalah forward-swept wing, menyerupai ciri yang terdapat pada pesawat Tsybin's LL-3.[1] NATO telah menamakan pesawat ini sebagai "Firkin". Hanya sebuah pesawat dikeluarkan sebagai pesawat prototaip demonstrasi teknologi termaju sementara rancangan untuk membina pesawat kedua telah dibatalkan.

sumber-wikipedia