Cuaca panas antara punca harga ayam naik
KUALA LUMPUR - Percaya atau tidak Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) memberi alasan kenaikan harga ayam di pasaran ketika ini berpunca daripada cuaca panas.
Selain menjejaskan mutu makanan ayam, cuaca yang lebih panas sejak kebelakangan ini berbanding biasa turut menjejaskan tumbesaran ternakan tersebut.
Perunding Eksekutif FLFAM, Dr. Abdul Rahman Md. Salleh berkata, keadaan tersebut menyebabkan pemborong menghadapi masalah untuk mendapat bekalan ayam dalam jumlah yang dikehendaki.
"Akhirnya mereka terpaksa membeli ayam pada harga yang lebih tinggi sebelum mengagihkannya kepada peruncit dengan harga lebih tinggi sedikit berbanding biasa.
"Malangnya harga ayam naik serentak dengan cuti sekolah,'' tegasnya ketika dihubungi Kosmo!.
sumber-kosmo
3 Ulasan
iniler nasib kite....gaji naik tak seberape...barang naik sana sini...entahlah kadang2 rase macam negara dah kalang kabut sistemnyer...sedangkan tanah kat cameron tu kena gondol berpuluh hektar majlis tak perasan...kartun betul
BalasPadamharga naik laaa nak tampung kos bayar elektrik utk pasang aircond kat reban ayam.... nnti panas2, ayam x mo bertelur plak... susah ar..... hik3...
BalasPadambeli ayam kat mydin, murah.. sekilo 4 inggit bape sen tah..
BalasPadam