Boeing F/A-18 Hornet adalah sebuah pesawat pejuang penyerang moden, sesuai digunakan dalam semua keadaan cuaca yang beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat. Ia berupaya untuk menyerang sasaran-sasaran di darat dan di udara. Direka pada tahun 1970-an untuk digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat, pesawat F/A-18 Hornet juga digunakan oleh tentera udara di negara-negara sekutu A.S yang lain. Pesawat ini juga menjadi pesawat demonstrasi udara bagi pasukan Blue Angels milik Tentera Laut A.S sejak tahun 1986. Antara peranan-peranan utamanya adalah sebagai pesawat pejuang pengiring, pertahanan udara angkatan laut, SEAD, menguatkuasakan larangan udara, sokongan udara dekat dan pengawasan. Ciri serbaguna dan kebolehpercayaan membuktikan Hornet merupakan sebuah pesawat yang berharga pada aset kapal pengangkut pesawat, namun demikian ia telah dikritik disebabkan kekangan jarak operasi dan muatan jika dibandingkan dengan pesawat sezamannya.
Pesawat F/A-18E/F Super Hornet adalah sebuah pesawat yang berlainan, evolusi penambahbaikan pada pesawat F/A-18 Hornet telah direka untuk berganding dan diperanan untuk membantu pesawat F/A-18 Hornet dalam perkhidmatan Tentera Laut A.S.
sumber-wikipedia
3 Ulasan
ultraman..jage2..kang acident ngan psawat pjuang 2..haha
BalasPadamwuahhh...dr 1986 g...krole bru lahir je kalo cam2...:)
BalasPadamstill x bolehkan kalahkan su-30mkm with TVC...dog fight win by mig-29,
BalasPadam