Hadith :
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)
Huraian:
1. Dunia mempunyai daya penarik yang kuat kerana Allah SWT telah menjadikannya berkeadaan demikian untuk menguji manusia siapakah yang dapat menguasai hawa nafsunya dan dapat menjalani kehidupan di dunia menurut jalan yang diredhai Allah.
2. Antara daya penarik dunia ialah wanita kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menggoda dan pakaian yang memberahikan. Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki sehingga mereka menjadi lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka.
3. Oleh itu Rasulullah SAW menuntut kita supaya memelihara dan mengawal diri daripada diruntun oleh kemanisan dan keindahan dunia dengan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sambil mengingati bahawa segala yang ada di dunia hanyalah sementara sahaja berbanding dengan segala nikmat di akhirat yang kekal abadi.
4. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.
sumber-Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(jakim)
Related Post
- Menghina orang lain seperti caci diri sendiriRASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan dir…
- Anas mencium keharuman Syurga FirdausANAS bin Nadhar adalah pemuda Muslim yang sangat cekal dan kuat dalam menghadapi apa jua rintangan. B…
- Ingatan bagi pelupa: Bangga, sombong ciri rakus tercelaABUL-LAITS berkata: "Rakus itu ada dua macam, rakus yang tercela dan tidak tercela tetapi lebih baik …
- Waktu-waktu Doa Mustajab# Di tengah malam atau sepertiga malam yang akhir# Selepas solat fardu# Berdoa di tempat sunyi supaya…
1 Ulasan
aa.takut.shuhh perempuan.erkk.
BalasPadam