Hadith :
Daripada Mukkil bin Yasar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Beribadat dalam keadaan kekacauan (huruhara/malapetaka) sama kelebihannya dengan berhijrah kepadaku”
(Muslim)
Huraian
1. Umat Islam hendaklah hidup dengan bantu membantu di antara satu sama lain, apalagi jika terdapat segolongan manusia yang sedang menghadapi kesusahan seperti berlakunya sesuatu malapetaka.
2. Umat Islam juga hendaklah sentiasa berpegang dengan ajaran al-Quran dan al-sunnah dalam semua keadaan dan walau di mana mereka berada di mana orang yang patuh dalam melakukan amal ibadat sekalipun dilanda keadaan gawat seperti peperangan, kesakitan, huru hara dan sebagainya untuk mereka adalah ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT.
3. Berhijrah adalah suatu perjuangan dari semua kesusahan, ancaman, malapetaka dan sebagainya kepada keamanan, keselamatan dan kesejahteraan hidup. Semua itu memerlukan kekuatan iman dan jiwa sehingga seseorang itu berjaya dan beroleh kemenangan.
sumber-Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(jakim)

Beribadat Dalam Suasana Huru-hara
Related Post
- Sifat hikmat tidak perlu berlebihanHIKMAT ertinya bijaksana, iaitu keutamaan diberikan Allah kepada manusia supaya dapat mengendalikan s…
- Rajin bersedekah diluaskan rezekiASMA' menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (kepada Asma): "Nafkahkanlah dan janganlah kamu meny…
- Nabi Ibrahim meninggalkan BabylonRAJA Namrud berasa amat khuatir dan risau dengan kedudukan dan kekuasaannya. Dia risau peranannya seb…
- Amalan syura lebih dekat kebenaranSABDA Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang hendak melakukan sesuatu urusan umat Islam hendakl…
1 Ulasan
harap Malaysiaku ini akan terus aman dan diberkati..
BalasPadamhttp://www.stormreaders.net/mNasir