BERLIN (AP) - Sebuah syarikat pengeluar komputer terbaru dari Jerman mula menyaingi kehebatan komputer iPad keluaran Apple. Inc dengan menjanjikan kemudahan seperti skrin lebih besar, sebuah kamera web dan beberapa slot cakera keras luaran.

Pengarah urusan syarikat Neofonie GmbH yang mengeluarkan gajet berkenaan, Helmut Hoffer Ankershoffen berkata, komputer itu yang diberi nama WePad, memberi lebih pilihan kepada pengguna berbanding iPad kerana ia serasi dengan kebanyakan perisian utama termasuk Android keluaran Google dan semua perisian Flash.

Menurutnya, WePad tidak memerlukan perisian khusus bagi memuat turun lagu.

Pemilik iPad hanya boleh memuat turun lagu dengan menggunakan perisian Apple seperti iTunes.

Versi asas WePad dilengkapi skrin bersaiz 29.5 sentimeter, WiFi dan kapasiti 16 gigabit (GB) akan dijual pada harga 449 euro (RM1,972) manakala versi 32 GB dengan modem 3G pula berharga 569 euro (RM2,500).

iPad yang dipasarkan di Amerika Syarikat (AS) kurang sebulan lalu, dijual pada harga AS$499 (RM1,610) bagi versi asas dilengkapi WiFi dan berkapasiti 16 GB. - AP

sumber-kosmo