Hadith :
Daripada Wabisah bin Makbud
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Adakah engkau datang kerana hendak bertanya mengenai kebajikan? Aku menjawab ‘ia’ maka sabdanya lagi mintalah fatwa (pertimbangan) hatimu sendiri, kebajikan itu ialah apa yang membawa ketenangan kepada jiwa dan ketenangan hati. Dosa ialah perasaan bimbang dalam jiwa serta perasaan ragu-ragu didalam dada (hati) sekalipun orang ramai telah memberi fatwa kepadamu dan sekalipun kamu telah diberi fatwa oleh mereka”
Riwayat Ahmad & ad-Darami
Huraian
1. Setiap perbuatan kebaikan atau kebajikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan jiwanya menjadi tenang.
2. Orang yang melakukan berbagai kesalahan dan dosa sentiasa berada didalam keadaan serba salah, curiga dan takut diketahui oleh manusia. Ia sentiasa memikirkan bagaimana bentuk pembalasan azab seksa yang akan diterima diakhirat kelak.
3. Amal soleh yang dilakukan oleh seseorang tetap mendapat pahala, manakala kejahatan, penipuan, kemungkaran, dan sebagainya yang dilakukan akan mengundang dosa, dan membawa keresahan jiwa walaupun orang telah memberikan fatwa kepadanya.
sumber-Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(jakim)

Tambahi pahala jauhi Dosa
Related Post
- Menjauhi Tujuh Dosa BesarHadith : Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membi…
- Jadual Kuliah UAI Bulan Disember 2021Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Sepanjang Bulan 12/2021.Tiada Kuliah1/12/2021: Rabu 7/12: …
- Nilai Seorang ManusiaHadith : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa …
- Keputusan Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H/2020M FOTO: PAGE FB TVAlhijrah Berikut Adalah Keputusan Rasmi Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Qura…
3 Ulasan
~~nice post atomen..~~
BalasPadamsokong...kalau ada lebih tu...kongsi ler ngan kawan2,,,,,
BalasPadaminsafffff
BalasPadamhttp://nomborsebelas.blogspot.com/