KUALA LUMPUR: Mata pelajaran pendidikan seks tidak akan diajar di sekolah, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata, ini kerana subjek yang lebih dikenali sebagai pendidikan kesihatan reproduktif telah dimasukkan dalam mata pelajaran pendidikan kesihatan dan subjek lain seperti biologi, sains, sains tambahan, pendidikan moral dan pendidikan Islam.
Justeru, katanya, kementerian dalam memantapkan pengajaran guru dalam subjek pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial telah membuat persedian untuk melatih guru di sekolah menengah dan rendah menjadi Jurulatih Utama (JU) di peringkat kebangsaan dan mereka ini akan melatih guru di peringkat negeri.
"Kursus JU berhasrat untuk memberi pendedahan tentang pelaksanaan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial dan mencari pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sesuai untuk diterjemahkan ke dalam P&P di dalam kelas seperti yang hasratkan dalam kurikulum," katanya ketika menjawab soalan Senator Doris Sophia Brodi di Dewan Negara hari ini.
Doris Sophia ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk memperkenalkan subjek pendidikan seks di dalam kurikulum sekolah dan kajian yang telah dijalankan berkenaan subjek tersebut dan bila ia akan dilaksanakan.
Dr Mohd Puad berkata, peranan ibu bapa serta penerimaan masyarakat juga adalah penting bagi membantu guru dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan kurikulum pendidikan kesihatan reproduktif ini kepada para pelajar.
"Sikap keterbukaan ibu bapa dalam membincangkan hal-hal berkaitan seksualiti dengan anak-anak mereka sendiri dan sokongan pihak-pihak lain kepada guru secara tidak langsung dapat membantu keberkesanan kurikulum ini di sekolah.
"Ini sekaligus dapat mengurangkan sensitiviti yang mengiringi isu seksualiti supaya ia diterima sebagai hakikat proses semulajadi yang perlu dilihat dalam perspektif tepat dan sihat," katanya. - Bernama
sumber-berita harian

Pendidikan seks diserap dalam subjek lain
Related Post
- Tarikh UPSR, PT3, STAM, SPM & SPMU Tahun 2017Berikut Adalah Tarikh Peperiksaan SPMU, UPSR, PT3, STAM Dan SPM Bagi Tahun 2017 sebarang per…
- Semakan Keputusan UPSR 2017 Secara SMS lebih jelas klik gambar Keputusan UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) akan diumumkan pada 23 N…
- Jadual MUET Sesi Mac, Julai & November 2017Berikut adalah jadual peperiksaan MUET sesi Mac, Julai dan November bagi tahun 2017. untuk lebih j…
- Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2018/2019 gambar hiasan Permohonan calon SPM 2017 ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia ba…
0 Ulasan