SAN FRANCISCO 20 April - Laman web rangkaian sosial, Facebook semalam mula memperkenalkan 'halaman komuniti' (community pages) yang mengumpulkan pengguna berdasarkan kegemaran mereka, sekali gus mewujudkan potensi sasaran kepada pengiklan.
Facebook kini mereka laman web berkaitan topik seperti muzik, masakan atau yoga berdasarkan minat pengguna rangkaian sosial nombor satu dunia ini.
Pengguna yang meminati topik tertentu akan 'tergolong' dalam laman web berkaitan, dengan senarai maklumat umum mereka yang menyertainya, jelas jurutera perisian Facebook, Alex Li dalam laman blognya.
"Halaman komuniti adalah laman Facebook jenis baru yang menjurus kepada topik atau pengalaman kolektif komuniti yang berhubung dengannya.
"Sama seperti halaman rasmi perniagaan, persatuan dan tokoh terkenal, Halaman Komuniti membenarkan andar berhubung dengan mereka yang mempunyai minat dan pengalaman yang sama," katanya.
Halaman itu akan menjadi forum perkongsian pendapat, kepakaran atau wawasan topik berkaitan," demikian menurut Facebook.
Ia akan dimulakan dengan maklumat daripada laman web rujukan dalam talian, Wikipedia, namun Facebook merancang bagi menyenaraikan pengguna yang 'mempunyai minat mendalam' mengenai sesuatu topik untuk menyumbangkan maklumat.
"Profil tidak lagi statik kepada kesukaan dan minat. Kini ia adalah peta yang hidup dan penuh dengan hubungan yang penting kepada anda," ujar Li.
Pengumpulan pengguna kepada kumpulan berdasarkan minat mungkin memberi peluang kepada Facebook menjana keuntungan melalui pengiklanan. - AFP
sumber-utusan

Facebook buka halaman komuniti
Related Post
- Haram pakai jersi lambang salibKUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama…
- Helikopter buatan sendiriLelaki cipta helikopter buatan sendiriBEIJING - Seorang lelaki di China, Gao Hanjie membuat helikopte…
- Senarai carian tertinggi Yahoo Malaysia* 1. Semakan PLKN 2010* 2. Semak penyata KWSP* 3. Dewan Bahasa & Pustaka* 4. Canon digital camera…
- Ikan emas gergasiPelajar dapat ikan emas gergasiPOOLE - Apabila seorang remaja, Nick Richards mendapati jorannya disen…
0 Ulasan