KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya melonjakkan kedudukan ke tangga 146 ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA); satu kenaikan yang dianggap terbaik dalam tempoh lima tahun.
Berdasarkan senarai ranking dunia FIFA, semalam, Malaysia memperbaiki kedudukan 13 anak tangga, berbanding senarai yang dikeluarkan bulan lalu iaitu di tangga ke-159 dunia.
Dalam senarai terbaru yang diperoleh daripada laman web rasmi www.fifa.com itu, kedudukan terkini skuad bola sepak Malaysia itu turut dibantu dengan kemenangan menewaskan Yemen dalam perlawanan persahabatan pada 27 Februari lalu.
Malaysia pernah mencatat keputusan terbaik pada tahun 1993 iaitu di kedudukan 79, 1994 (89), 1996 (96) dan 1997 (87).
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad ketika diminta mengulas berkata, peningkatan yang ditunjukkan pasukan negara merupakan petanda baik buat arena bola sepak negara.
"Pertama sekali saya ucapkan tahniah kerana peningkatan yang amat baik ini dan berharap ia terus sentiasa konsisten.
"Apa yang dapat saya katakan, peningkatan itu merupakan hasil perubahan yang ditunjukkan skuad bola sepak negara iaitu dari kesungguhan para pemain dan paling utama adalah bimbingan berkesan K. Rajagobal yang harus diberi pujian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.
Mengulas perlawanan menentang Yemen bulan lalu, Azzuddin berkata, ia patut berlaku (kenaikan ranking) kerana kita menunjukkan corak permainan yang hebat.
"Sudah lama kita tidak menyaksikan corak permainan sebegitu. Ia sememangnya ada perubahan," ujarnya.
Bagi mengekalkan konsistensi itu, tambahnya, skuad negara memerlukan perlawanan melibatkan pasukan lawan yang hebat untuk meningkatkan lagi daya saing.
"Kita sedang berusaha mencari pasukan yang mantap dan antara yang telah tersenarai nanti adalah menentang Thailand, bulan ini dan juga undangan daripada Korea dalam masa terdekat ini.
"Malah, kita turut merancang untuk mengadakan perlawanan dengan Uzbekistan dan sebuah lagi, adalah negara timur tengah yang berkemungkinan adalah Qatar," jelasnya.
Dalam pada itu, berlaku sedikit perubahan di kedudukan teratas dengan dominasi diteruskan oleh Sepanyol di tempat pertama diikuti Brazil, Belanda dan Itali yang masih unggul mengekalkan empat tempat teratas.
Jerman pula melonjak satu anak tangga di kedudukan kelima manakala Greece yang dulu di tangga ke-12, menghuni kedudukan ke-10.
sumber-utusan
Related Post
- Keputusan Lee Zii Jia VS Leong Jun Hao 2/8/2023: Badminton Terbuka AustraliaLive Update Pusingan 32 Badminton Terbuka Australia 2023 Antara Lee Zii Jia VS Leong Jun Hao 2 Ogos 2…
- Keputusan Undian Pusingan Ke-2 Kelayakan Piala Dunia 2026 & Piala Asia 2027 Serta JadualFOTO: Page FB AFC Asian CupBerikut Adalah Keputusan Undian Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 …
- Penjaring Terbanyak LS18 (Liga Super 2023) - Setakat 30 JulaiFOTO: Page FB JOHOR Southern TigersSenarai Penjaring Gol Terbanyak LS18 (Liga Super Malaysia 202…
- Keputusan Badminton Terbuka Jepun 2023Berikut Adalah Jadual Dan Keputusan Badminton DAIHATSU Japan Open 2023 Yang Melibatkan Pemain Malaysi…
1 Ulasan
good Malaysia.!sanggat bangga..Bola Sepak Malaysia akan terus maju!
BalasPadam