SYDNEY 27 Mac – Mercu tanda global bermula dari Sydney Opera House, Kota Larangan dan Las Vegas Strip akan bergelap malam ini ketika aktivis mempromosikan kembali usaha menentang perubahan iklim
Beratus-ratus juta buah kediaman di bandar-bandar besar di 125 buah negara akan menyertai program bergelap Earth Hour selama sejam ini, yang diadakan selepas beberapa bulan mesyuarat perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Copenhagen yang mengecewakan.
Struktur terkenal seperti Empire State Building dan piramid di Mesir akan menuruti permintaan kumpulan pemeliharaan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) untuk menutup lampu atas nama alam sekitar, seterusnya mencipta gelombang kegelapan di seluruh dunia.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menyifatkan kempen yang masuk tahun keempat itu sebagai ‘amaran dan cahaya harapan’.
“Perubahan iklim adalah kebimbangan kita semua. Penyelesaiannya ada pada kita dan sedia untuk dilaksanakan oleh individu, komuniti, perniagaan dan kerajaan di seluruh dunia,” ujar beliau lagi.
Opera House dan Harbour Bridge adalah yang mula sekali bergelap pada 8.30 malam ini (pukul 5.30 petang ini waktu Malaysia) diikuti jutaan rumah di Australia.
Ia akan diikuti negara-negara lain pada waktu tempatan masing-masing dengan melalui Asia, Asia Barat, Eropah, Afrika dan Amerika selain disertai 1,200 mercu tanda
Sementara itu, Kuala Lumpur tidak ketinggalan untuk menyahut seruan Earth Hour dengan kebanyakan bangunan pencakar langit yang biasanya bergemerlapan pada waktu malam, mematikan lampu selama sejam. – AFP
sumber-utusan

Dunia bergelap sambut Earth Hour
Related Post
- Berebut rakam imej hantu (Lemon Tree)NEWCASTLE, Australia - Pihak berkuasa bimbang berhubung keselamatan pemandu muda di bandar ini beriku…
- Bot mirip ikan jerung (RM295,153)REDDING - Seorang jutawan di Amerika Syarikat (AS), Rob Innes memasarkan bot mirip ikan jerung putih …
- Bendera Malaysia dibakar lagiIndonesia tidak akan kompromiMahu rundingan perbatasan diadakan segeraJAKARTA: Kementerian Luar Indon…
- 7 langkah jantung sihatBerikut tujuh langkah terbaik untuk menjadi teladan yang baik kepada anak-anak.1. BerikrarIkrar adala…
3 Ulasan
saya sokong earthour!!!
BalasPadamsy nk buat earth hour malangnya bapak sy x nak . hehh
BalasPadamsemoga kita tahu kenapa dunia membuatkan earth hour.
BalasPadam