UJUB adalah perasaan apabila seseorang merasa puas dengan dirinya sendiri.
Disangka diri sudah cukup sempurna. Menyangka segala pekerjaan dikerjakan ahli dalam masyarakat tidak menjadi tanpa penyertaan dirinya. Perangai begini sebenarnya menyebabkan seseorang itu lupa akan kekurangan diri dan hanya mengingati kekurangan orang lain.
Janganlah sifat ujub menjalar ke dalam diri kita, menyangka bahawa segala sesuatu tidak akan sempurna jika kita tidak ada kerana perkara itu tidak akan menjadi sempurna tanpa bantuan orang lain.Allah tidak memberi keutamaan kepada seorang saja sebaliknya diberikan kepada semua orang sehingga iaterkumpul menjadi sebuah masyarakat.
Laksana cili yang membanggakan kepedasannya, seperti garam yang membanggakan masinnya, ibarat cuka membanggakan asamnya, ikan pula membanggakan enaknya. Segala rasa pedas, masin, masam, dan enak itu hanya akan menjadi makanan lazat selepas dikumpulkan dalam satu
belanga dan dimasak bersama.
Kita perhatikan keadaan sebuah organisasi, baik agama, politik atau sosial. Kerap kali yang menyebabkan kehilangan kekuatan dan cahaya ialah kerana tiap-tiap pekerja dan pemimpin hanya ingat jasa serta tenaga sendiri, melupakan jasa dan tenaga orang lain. Sifat ujub boleh menghancurkan organisasi.
- Sumber: Buku Tasauf Moden - Prof Dr Hamka
sumber-berita harian

Ujub buat manusia lupa diri
Related Post
- Sifat hikmat tidak perlu berlebihanHIKMAT ertinya bijaksana, iaitu keutamaan diberikan Allah kepada manusia supaya dapat mengendalikan s…
- Amalan syura lebih dekat kebenaranSABDA Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang hendak melakukan sesuatu urusan umat Islam hendakl…
- Pertengkaran timbulkan cemuhan, permusuhanBERTENGKAR, hingga merah muka, asalnya mencari mana yang salah dan mana yang benar. Akhirnya berganti…
- Rajin bersedekah diluaskan rezekiASMA' menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (kepada Asma): "Nafkahkanlah dan janganlah kamu meny…
2 Ulasan
Baru ku tahu apa itu pengertian UJUB.. Timaseh ultraman :-)
BalasPadamsalam,
BalasPadamulasan yang harus kita semua fahami dan jadikan ikhtibar. sebenarnya saya baru tahu maksud 'ujub'...hehe
terima kasih sahabat, artikel ini penuh nilai ilmu yang baik