DARIPADA Abdullah, katanya: "Diceritakan kepada Rasulullah, seorang lelaki yang tidur sepanjang malam hingga Subuh. Maka bersabda Rasulullah: Orang itu telah dikencing oleh syaitan di kedua-dua telinganya." Hadis riwayat al-Bukhari.
Mengambil berat mengenai solat akan menjadikan seseorang Muslim bebas serta aman daripada gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat menyebabkan syaitan akan mengambil peluang berdamping hingga menyebabkan seseorang itu malas dan lalai.
Bangun untuk mengerjakan solat malam (tahajud) adalah amalan sangat dituntut oleh Islam bahkan boleh menjadikan iman seseorang itu kuat. Amalan itu juga mampu menjadi benteng menangkis daripada sebarang perbuatan khianat (sihir) menimpa diri.
Islam menyarankan umatnya berwuduk sebelum tidur, membaca ayat al-Quran dan berzikir kepada Allah sewaktu hendak tidur sehingga terlelap.
Abu Hurairah meriwayatkan: “Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke pagi.”
Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
sumber-berita harian

Solat tahajud dapat perkukuh iman, elak perbuatan khianat
Related Post
- Senarai Amalan-Amalan Sunat Di Bulan Syaaban Hadith Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa bagind…
- Aku Sudah TewasCuba kita renungi kisah seorang pemuda yang meminum arak pada zaman Umar,pemuda itu menyorokkan arak …
- Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan Ogos 2016Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Sepanjang Bulan 8/2016 sumber - page fb Ustaz Azhar Idrus ( Origi…
- Ketinggian dan kemuliaan seseorang manusia bukan diukur berdasarkan kekayaan, pangkat atau keturunan yang dimilikinyaHawa nafsu dorong penyakit hatiKETINGGIAN dan kemuliaan seseorang manusia menurut Islam bukan diukur …
2 Ulasan
kebenaran yg tidak boleh disangkal....bagos3
BalasPadami LoiKe...
tp jgn lak yg sunat dilebeykan,
yg wajib diringankan...
terimakasih di atas perkongsian ilmu
BalasPadam