KELANTAN tersingkir daripada saingan Piala FA selepas sekadar seri 1-1 dengan Kedah pada aksi kedua pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi.
Keputusan tersebut menyaksikan Kedah layak ke pusingan suku akhir menerusi jaringan di tempat lawan selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada aksi pertama di Alor Setar, minggu lalu.
Pada aksi malam tadi, Kelantan berada di depan hasil jaringan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-71.
Baddrol Bakhtiar muncul wira Kedah selepas menjaringkan gol penyamaan tiga minit kemudian.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan menumbangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 5-0.
Negeri Sembilan layak ke suku akhir menerusi kemenangan agregat 8-2.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu menang 2-1 ke atas Sarawak seterusnya layak ke saingan suku akhir dengan agregat 4-1.
Di Stadium Perak, Ipoh, Perak gagal memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila tewas 0-2 kepada T-Team.
Kemenangan tersebut membolehkan T-Team mara ke pusingan suku akhir secara agregat 3-1.
Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, KL Plus seri 1-1 dengan Kuala Lumpur. Namun KL Plus layak ke suku akhir dengan agregat 4-1.
Di Stadium MP Selayang, Pos Malaysia menewaskan Felda United 2-1, sekali gus mara ke suku akhir dengan agregat 3-2.
Di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, biarpun tewas 0-1 kepada PKNS, juara bertahan, Selangor tetap mara ke peringkat suku akhir menerusi kemenangan agregat 2-1.
Di Stadium Mini UiTM Arau, Perlis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menang 3-0 ke atas UiTM FC. ATM layak ke suku akhir dengan agregat 6-0.
sumber-kosmo

Piala FA: Kelantan tersingkir awal
Related Post
- Gambar Jentera Hafizh Syahrin 2021 (NTS RW Racing GP)Foto: Page FB Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescaoGambar Jentera Moto2 Hafiz Syahrin Bagi …
- Penjaring Gol Terbanyak LS8 (Liga Super 2021) - Setakat 11 AprilFoto: page fb JOHOR Southern TigersSenarai Penjaring Terbanyak LS8 (Liga Super Malaysia 2021 Pus…
- Jadual Live Malaysia VS UAE, Vietnam & Thailand Di Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023Foto: Page FB FAMJadual Live Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia Di Dubai Bagi Kumpulan G Pasukan M…
- Biodata Dion Cools (Harimau Malaya 2021) - FC MidtyllandFOTO: Page FB Dion-Johan Cools Profil Dion Cools, Pemain Ke-26 Skuad Harimau Malaya Bagi Menghadapi K…
3 Ulasan
bagus...
BalasPadamhidup kenari...
kenari terbang tinggi mlm ni..hihi
BalasPadamyeah kenari menang~!! terbang kenari terbang~!! :D
BalasPadam