RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat." (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)
Melakukan perbuatan seperti memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh kemampuan orang lain, memanggil orang lain dengan gelaran yang tidak baik, memalukan orang, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan kepada orang lain dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.
Sesiapa yang mencaci orang lain dengan perkataan-perkataan yang buruk seumpama dia mencaci dirinya sendiri.
Sebaik-baiknya sebagai umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong tanpa mengira agama dan keturunan orang yang ingin dibantu.
Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan itu sekalipun seseorang yang dicela memang melakukan dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu sudah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah.
Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.
Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
sumber-berita harian
6 Ulasan
nak copy bole? nak buat baca khutbah minggu ni. aku takde text lg ni
BalasPadamhurm...btul3...tp itu lah sifat manusia..sentiasa memandang keburukkan org lain.
BalasPadamkadang2...
BalasPadamia macam da sebati kan dalam diri..
bkan bermaksud utk mncaci tapi itu da jadi kebiasaan.. kebiasaan yg da jadi habit.. sangat sukar utk mngikis habit tu..ermm ermm
kalau tgk ari2 pun.. kat mana2 saja org akan saling memandang rendah kpd org lain skranya org tu x mnpati citarasenya..even lectrer sndri pon perli lctrer laen..
catatan yang berguna..
BalasPadaminsaf aku...
BalasPadammmg betul...sbb kite dtg dr satu sumber...dr Allah...
BalasPadam