KAUM 'Ad merupakan kaum yang kuat dari segala segi. Mereka bukan sahaja mempunyai kerajaan yang teguh, tetapi juga badan yang tegap dan sasa. Mereka dikurniakan pancaindera yang baik supaya dapat mengenal Allah.
Namun mereka mengabaikan segala anugerah tersebut. Mereka tidak menggunakan akal fikiran mereka untuk mendengar dalil-dalil tentang kekuasaan Allah. Sebaliknya mereka menggunakannya untuk mencari kepuasan hidup semata-mata.
Kehidupan kaum 'Ad sangat mewah. Mereka dikurniakan kawasan pertanian yang subur. Harta-harta mereka juga menggunung sehingga kaum mereka disegani kerana kekayaan yang dimiliki. Negeri mereka juga terdapat banyak bangunan yang tinggi dan tiada di tempat lain.
Kebahagiaan dan kekayaan yang banyak ini telah menyebabkan mereka lupa diri. Mereka lupa kepada pencipta dan asal usul mereka.
Lebih teruk lagi, mereka sama sekali tidak mengakui kewujudan Allah SWT. Hidup mereka menjadi semakin tidak berperaturan. Mereka menyembah dan meminta pertolongan kepada apa sahaja yang mereka sukai. Ada yang menyembah batu, patung dan sebagainya.
Walaupun Nabi Hud diutus untuk membimbing mereka, namun baginda tidak berjaya. Mereka tetap degil dan keras kepala untuk menerima ajakan ke arah kebenaran. Sebab itulah Allah menurunkan azab yang cukup pedih kepada mereka.
Petikan daripada buku 366 Kisah daripada Al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.
sumber-utusan
Related Post
- Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan Oktober 2016Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Sepanjang Bulan 10/2016 sumber - page fb Ustaz Azhar Idrus (Orig…
- Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan Disember 2016Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Sepanjang Bulan 12/2016 untuk lebih jelas klik gambar sumb…
- Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan Januari 2017Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Sepanjang Bulan 1/2017 untuk lebih jelas klik gambar sumber - pag…
- Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan Februari 2017Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Sepanjang Bulan 2/2017 untuk lebih jelas klik gambar sumber - pag…
1 Ulasan
i LoiKe story da mory pasal nabi3 neh...
BalasPadamtp kn, cam kurang cket la info....
ade x cite menyeluruh cm once upon a tyme n bla3...
salu mse kecik3 dlu pon sory book aku pon xde detail pasal certain nabi kn kn kn