Vanila Coklat Slot Lestary TV3

Mengisahkan Zara, 19 tahun dan Aamir, 20 tahun yang masih menuntut institut.

Book cheap tour packages

Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan masing-masing mempunyai kekasih. Aamir sering mengusik Zara kerana Zara merupakan pelajar cemerlang dan pelajar contoh di kolej manakala Zara membenci Aamir kerana baginya, Aamir kaki perempuan.

Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.

Ibu bapa Zara, Dr Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua.

Suatu hari, Dr Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang menyatukan anak mereka. Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir.

Pelbagai usaha dilakukan agar mereka bersetuju untuk berkahwin hingga akhirnya Aamir bersetuju. Bagaimanapun, selepas berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan dan Zara memberi syarat yang harus dipatuhi Aamir.

Menyedari situasi ini, Dr Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka memilih Cameron Highlands dan sepanjang di sana, masih tiada kemesraan di antara mereka.

Zara dan Aamir juga meneruskan pengajian seperti biasa dan Kamal menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk.

Dalam satu pergaduhan besar, Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana terpedaya dengan kata Kamal. Apabila membuka pintu, dia melihat Aamir pengsan kerana tidak makan seharian. Dia berjanji untuk makan bersama Zara.

Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluangkan masa bersama.

Aamir mengakui dia jatuh cinta pada Zara sejak hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali, mereka tidur seperti pasangan suami isteri. Mereka pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga yang mereka ingin meneruskan perkahwinan itu. Satu majlis diatur untuk meraikan berita gembira ini.

Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis itu. Mereka berdua merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir. Pada hari majlis dijadualkan, rancangan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr Ungku Musa mengamuk.

Dr Ungku Musa memutuskan hubungan Aamir dan Zara, hubungan Dr Ungku Musa dan Datuk Ahmad juga renggang. Zara mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka?

Apakah rancangan seterusnya Dr Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?

Lakonan

Izara Aishah sebagai Zara, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5) sebagai Aamir, Iqram Dinzly (Kamal) dan Nabila Daly (Liana)

Setiap Selasa, jam 9 malam bermula 20 Disember 2011 di TV3

edit/petikan metro

Related posts:

  1. Drama Asmara slot Lestary TV3 – menginsafi perbuatan negatif
  2. Asmara 2 Slot Lestary TV3 – Rungkai Rahsia Kematian Zaliya
  3. Cinta Elysa Slot Lestary TV3
  4. Tihany Slot Ratu TV9
  5. Hani Slot Lestary TV3 – Sinopsis Hani (drama ganti Asmara)
  6. Ahmad Albob Yang Punya Slot Lagenda TV3
  7. Senandung Aidilfitri Astro Warna (105)
  8. Semanis Janji Slot Arca TV1
  9. Drama Hati Yang Mengerti TV2 | Sempena Maal Hijrah
  10. Boona & Boonie Slot Oh! Mari Gelak TV9
  11. Tiramisu Slot Akasia TV3 – Sinopsis Drama Tiramisu
  12. Laila Manja Slot Lagenda TV3
  13. Isnin Selasa Rabu Slot Skrin Di 9 @ TV9 | Ramadan Di Hatiku
  14. Bunga April Slot Samarinda TV3
  15. Senarai Calon Pemilihan PAS 2011 – Muktamar Ke 57
  16. Keranamu Laila Slot Zehra TV3
  17. Antara Maghrib Dan Isyak TV3 | Slot Senda Pagi
  18. Tahajjud Cinta Slot Zehra TV3
  19. Seruan Kasih Slot Mahligai TV1 – Dilema cinta wanita muallaf
  20. Mantera Anjasmoro Slot Seram TV3
This entry was posted in Hiburan, Sinopsis and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Vanila Coklat Slot Lestary TV3

  1. nisreen says:

    please!tolong ceritekan yg selanjotnyer?:(
    adekah diorang bersatu semula?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Protected by WP Anti Spam