Semanis Janji Slot Arca TV1

Mengisahkan tiga beradik, Aishah, Alia dan Azza memulakan hidup baru tinggal bersama Datuk Azman, selepas kematian ibu bapa mereka. Datuk Azman adalah kenalan rapat keluarga mereka yang diwasiatkan menjaga mereka.

Book cheap tour packages

Datuk Azman seorang hartawan yang mempunyai empayar industri besar dan anaknya, Fazli menguruskan perniagaan perhotelan yang juga satu perniagaan keluarga. Fazli seorang yang pemarah, sombong dan ego serta jarang tersenyum atau bergurau.

Kehadiran Aishah, Alia dan Azza tidak disenangi Ainun, adik Datuk Azman tetapi Datuk Azman bertegas mahu mereka tinggal dengannya dan menerima layanan baik dalam keluarga.

Ainun bukan saja tak sukakan Aishah dan adiknya tetapi juga mahukan harta kekayaan dan perniagaan untuk dimiliki anak-anaknya, Ikram dan Maya. Konflik demi konflik timbul dalam perjalanan hidup mereka. Segalanya bermula apabila Alia dan Fazli jatuh cinta dan majlis perkahwinan mereka mula dirancang.

Bagaimanapun, segalanya berubah apabila Alia kahwin lari bersama Hafiz, pekerja Fazli pada hari pernikahan mereka dan dalam keadaan genting dan buntu, Aishah sedia menggantikan tempat Alia untuk menjaga maruah keluarga Datuk Azman dan membalas budinya biar pun hati kecilnya terluka.

Selepas berkahwin, Aishah berhadapan dengan sikap Fazli yang menolak perkahwinan itu dan mula membencinya kerana bersetuju berkahwin. Bagi Fazli, Aishah punca segala masalah dan pada masa sama amat membenci Alia.

Azza yang melihat layanan buruk Fazli kasihan dengan kakaknya tetapi Aishah meminta Azza jangan masuk campur dan terus fokus de-ngan pengajiannya.

Kesihatan Datuk Azman makin tidak stabil dan pada waktu itu juga, Datuk Azman mahu Fazli berjanji akan menjaga perasaan Aishah. Kerana sayangkan ayahnya, Fazli bersetuju biarpun dalam keadaan terpaksa dan berpura-pura.

Fazli dan Aishah banyak berlakon, pura-pura baik dan mesra di hadapan keluarga terutama di hadapan Datuk Azman tetapi di belakang mereka, Aishah menderita dengan layanan Fazli.

Aishah tetap bertahan kerana sedar dia dan adiknya ditakdirkan menjadi keluarga Datuk Azman yang kini dianggap ayah sendiri. Aishah tahu dia kini bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi keluarga itu yang kini menjadi keluarganya.

Setelah banyak menghabiskan masa bersama dan saling me-nyokong dalam setiap masalah yang dihadapi, hubungan Aishah dan Fazli makin intim. Bunga-bunga cinta makin mekar di hati masing-masing. Hubungan Alia dan Hafiz makin tertekan dengan masalah kehidupan kerana Hafiz tidak bekerja sejurus mereka kahwin lari.

Apakah kesudahan pergolakan hati yang membelenggu tiga beradik ini? Bagaimana Aishah sebagai kakak sulung menyelesaikan permasalahan yang timbul dan pada masa sama berjayakah dia menyelamat-kan rumah tangganya bersama Fazli?

Lakonan
Zamarul Hisham, Elly Mazlein, Baby Farah, Abu Bakar Juah, Rosnah Johari, Diya, Maimon Mutalib dan Mahmud Ali Bashah

Setiap Ahad, jam 10 malam di TV1

Related posts:

  1. Kasih Alia Slot Akasia Di TV3
  2. Laila Manja Slot Lagenda TV3
  3. Drama Silap Menghitung TV2
  4. Drama Aku Ghaib & Ukiran Jiwa TV1 (19 Ogos & 26 Ogos 2011)
  5. Misi Betty Slot Oh! Mari Gelak TV9
  6. Sahara Slot Samarinda TV3
  7. Sekilas Qalbu Slot Skrin Di 9 @ TV9 | Ramadan Di Hatiku
  8. Tiramisu Slot Akasia TV3 – Sinopsis Drama Tiramisu
  9. Nikita Slot Mutiara Hati TV9
  10. Seruan Kasih Slot Mahligai TV1 – Dilema cinta wanita muallaf
  11. Keranamu Laila Slot Zehra TV3
  12. Kasihnya Umairah Slot Mid Day Delight TV2
  13. Teratak Mahligai Slot Galeri Famili TV2
  14. Anum Slot Mahligai TV1
  15. Jiman Slot Skrin Di 9 @ TV9 | Ramadan Di Hatiku
  16. Sijundai Slot Lagenda Di TV3
  17. Mata Ayer Slot Legenda Di TV3
  18. Bait Cinta Slot Ratu TV9
  19. Ahmad Albob Yang Punya Slot Lagenda TV3
  20. Tahajjud Cinta Slot Zehra TV3
This entry was posted in Hiburan, Sinopsis and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Protected by WP Anti Spam