Sinopsis Filem Flat 3A

Sinopsis
Mengisahkan tentang Fiqah, seorang pekerja kilang yang telah mengandungkan anak kekasihnya, Anas. Anas memaksa Fiqah untuk mengugurkan kandungannya tetapi Fiqah membantah. Fiqah dipukul dan di berikan ubat untuk menggugurkan kandungan. Kerana cintanya terhadap Anas, Fiqah menggugurkan juga kandungannya itu. Fiqah mula dihantui perasaan bersalah dan fobia. Ratna, kawan baik Fiqah mengajak Fiqah berpindah di sebuah flat murah bersamanya. Tanpa di ketahui Fiqah , rumah yang didudukinya itu adalah rumah seorang dukun bernama Kang Suman yang di percayai telah menculik dan membunuh Fatin, seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran flat tersebut.

Kang Suman menghilangkan diri sama dengan hari kehilangan Fatin. Pelbagai usaha mencari di lakukan oleh ibu dan bapa saudara Fatin iaitu Wahyu, namun tidak berjaya. Di rumah, Fiqah kerap kali di ganggu. Pada mulanya Fiqah mengesyaki itu adalah perasaan trauma terhadap pengguguran yang dilakukannya namun setelah beberapa lama baru dia sedar dia telah di ganggu oleh roh kanak kanak. Fiqah memberitahu Ratna tetapi Ratna menggangap itu hanyalah perasaan Fiqah. Pada suatu hari, Fiqah ternampak ibu Fatin sedang berkeliaran di sebatang pokok yang dihiasi dengan gambar dan origami. Dia seperti sedang bermain dengan anaknya. Fiqah berjalan ke arah pokok dan melihat gambar Fatin. Terkejut Fiqah apabila hantu kanak kanak yang asyik mengekorinya itu kelihatan seperti Fatin. Apa kaitan Fiqah dan Fatin?

Book cheap tour packages

Pengarah
Azhari Mohd Zain

Lakonan
Intan Ladyana,Shasha,Zaidi Omar,Khaty Azean dan Ery Zukhairi

Tarikh Tayangan - 14 Julai 2011

Related posts:

  1. Sinopsis Filem Sekali Lagi
  2. Sinopsis filem Libas
  3. Sinopsis filem Momok Jangan Panggil Aku
  4. Sinopsis Filem 3,2,1 Cinta
  5. Sinopsis filem Dilarang Masuk
  6. Sinopsis Filem Datin Ghairah
  7. Sinopsis filem Rasuk
  8. Sinopsis filem Senjakala
  9. Sinopsis filem Aku Tak Bodoh
  10. Sinopsis filem Janin
  11. Sinopsis filem Kembar Siang
  12. Sinopsis Filem KL Gangster
  13. Sinopsis Filem Toyol Nakal
  14. Sinopsis filem Dimensi Cinta
  15. Sinopsis filem Estet
  16. Sinopsis filem Damping Malam
  17. Sinopsis Filem Karipap Karipap Cinta
  18. Sinopsis filem Khurafat – Perjanjian Syaitan | Trailer filem Khurafat
  19. Sinopsis filem Haq
  20. Sinopsis filem Penunggu Istana
This entry was posted in filem, Sinopsis and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Protected by WP Anti Spam