Invite your friends and get rewarded for sharing new promos and trends you love the most!
3 Surat Tun Dr Mahathir Kepada PM Israel
Petanda Seseorang Mempunyai Saka
Be a part of London 2012 Olympics Games.
Now The People can afford a piece of German engineered excellence
![]()
SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.
Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.
Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya.
Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.
Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga.
Petanda seseorang mempunyai saka
Gejala waktu tidur
-Susah tidur malam.
-Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
-Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
-Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
-Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
-Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
-Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
-Berdiri dan berjalan ketika tidur.
-Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
-Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
-Mimpi melihat budak kecil.
-Mimpi melihat salib atau gereja.
-merintih dan menangis ketika tidur.
Gejala waktu jaga
-Selalu pening kepala.
-Lalai mengingati Allah SWT
-Sering lesu dan malas.
-Rasa sakit di salah satu anggota badan.
-Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
-Lenguh sendi-sendi utama.
-Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
-Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
-Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
-Mudah marah dan panas baran.
-Emosional dan terlalu sensitif.
-Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
-Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.
edit/petikan/lebih lanjut metro(Jasad terseksa di hujung usia)
Related posts:
- Saka Harimau
- Saka Jentayu Slot Seram TV3 – Kupas asal-usul jin saka
- Ketinggian dan kemuliaan seseorang manusia bukan diukur berdasarkan kekayaan, pangkat atau keturunan yang dimilikinya
- Golongan Siddiq mempunyai kedudukan di sisi Allah Istimewa
- MUTIARA DOA
- Ditindih atau paralisis?
- Mutiara Doa – 29/10/10
- Solat tahajud dapat perkukuh iman, elak perbuatan khianat
- Nasi tangas dan nasi kangkang
- Penanggalan
- Ciri-ciri Orang Munafik
- Mutiara Doa Harian
- Santau/tuju-tuju
- Dengki
- Amalan syura lebih dekat kebenaran
- Hantu Raya
- Kaedah dan Adab Berdoa
- Rajin bersedekah diluaskan rezeki
- Toyol
- Jangan terperangkap akibat kejahilan

menyusahkan keturunan je bela saka ni
fuhh seram jgk bc entry ni tapi nak buang saka ni cmner plak?
zaman dulu-dulu mmg rmi yg bela..sbb nk tolong kebun,jaga umah mcm2 lagi..tpi bila owner da mnngal,masalah kpd waris la..dosa oo…
memang kesian pada generasi muda yang ada saka nih hasil peninggalan dari bapa atau atuk atau org tua terdahulu…
apa kesan pembelaan saka di usia muda dan tua? Adakah ia boleh memberi kesan pada rahim semasa mengandung? dan ia boleh menyebabkan seseorg itu lumpuh?
susah gak ada saka ni..saya pun ada saka gak.memang sengsara.bnda ni bukannya kta mintak p dturunkan dr keturunan ke keturunan.masa ni tgah tunggu nak berubat dr ustaz.doakan je lah pas ni saya sihat+selamat
woit..bahaya saka2 ni…btw..ada kontes kat my blog,,
jgn lupa join yer…:)))
Salam!
Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi artikel di atas. Sebenarnya, saya baru dapat tahu beberapa hari lepas yang saka milik nenek-moyang saya telah memilih saya untuk dijadikan sebagai tuan baru. Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan di atas, saya telah mengalami hampir 90% daripadanya. Antara yang terbaru – mimpi jatuh dari tempat tinggi, mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan serta terpijak sesuatu di bawah tapak kaki… Saya dapat merasakan saka ini semakin lama semakin kuat… Malah, ia juga kerap mengganggu kawan-kawan di sekeliling saya… Ketika saya sedang menaip komentar ini, benda itu juga sedang memerhatikan saya dan membuat pelbagai bunyi untuk menakutkan saya… Sekarang, saya sedang berusaha untuk bertemu dengan seorang ustaz untuk berubat. Doakan saya berjaya…
Berita tak baik tu….zaman sekarang ramai yang tak percaya sume2 tu. Tapi hakikatnya benda tu memang ada….dan tanpa sedar kita mewarisi benda tu. Bawak berubat dengan pengamal perubatan Islam n nasihat saya beli buku “Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat2 dan Doa2 Mustajab” oleh Dato’ Harun Din. Harga @ RM16.90 saje. Semoga berjaya…
err… jauhkan dr saya.. amin~
Saya pun tgh mengalaminyer ni. Dan saya tgh berubat gak ni. Moga2 saya bebas
sy nk tnye kalau nenek tu mkn najis sendri..ape plak maknenye..ade saka kah..tlog sy..dia mkn selera..tp tk laratt..jln pon tk leh dah..beratt …bler nk angkt..hmm..sian nenek
as salam..cb hbgi pak razak di bndr baru bangi,slgr.isyaALLAH mudahan boleh sembuh dgn izn ALLAH TAALA..0193981461..
saya baru 21 tahun, dalam proses membuang saka. rupanya moyang saya dulu pakai saka untuk kecantikan dan tundukkan suami. orang tengok dia macam terlampau cantik dan perfect. dia boleh buat orang dengar cakap dia. tapi saya tak nak. duniawi semua tu. saya tak nak jadi hantu tu marah. dia ludah kat muka saya. habis muka saya naik jerawat yang tak akan masak. dia timbul je banyak banyak. kalau picit darah kotor keluar tak habis habis. eii, menyusah kan betul lah.
Assalamualaikum hanis,
Saya ni nak kongsi pengalaman dgn hanis. Penyakit ni semuanya daripada Allah Taala. Apa pun punca dia tak menjadi hal bagi kita orang mukmin. Semua makhluk pun ciptaan Allah Taala termasuk malaikat, jin, syaitan, manusia. Bila sakit kita ikhtiar dgn cara mengikut syariat. Disamping itu kite kene sabar dan tawakkal. Itulah perintah Allah Taala. Adalah menjadi kecacatan bagi seorang mukmin bila dia ade rase takut kepada sesuatu selain Allah taala.
Jadi ujian ini kite hadapi dengan penuh keimanan. kite tak usah terlalu memikirkan tentang penyakit tu samada saka, kuman, jin atau mcm2 lg. Cuba hanis ambil daun bidara tumbuk dan tampal kat muka yg jerawat tu buat bedak sejuk. Insyaallah berkesan drp pengalaman saya. Selalu buat mandian daun bidara. Kalau masih tak berkesan, hubungi saya 016-4369630.. Email: nizambidara@gmail.com..
Mohon mencelah dengan hormat.
Penerangan saka di atas memang betul tetapi itu HANYA penjelasan sebahagian berkenaan saka.
Saya suka untuk berkongsi pandangan ttg pengertian saka secara meluas. Skop yg disentuh oleh penjelasan saka di atas tidak menyeluruh.
Untuk memahami, SAKA itu bermaksud WARIS. Jika ditambah imbuhan ia akan menjadi PUSAKA. Apakah yg diwariskan? Apakah yg konteks atau isi utamanya?
Jawapannya adalah ILMU…saka itu BUKAN makhluk tetapi adalah Ilmu yg diwariskan atau diturunkan kepada keturunan atau orang lain.
Apakah ilmu itu? Maka Ilmu itu terbahagi kepada dua-Ilmu dunia dan ilmu akhirat…
Apa yg sering dikaitkan dgn SAKA? jin, jembalang, hantu raya, pelesit, hantu tinggi, polong-ini hanyalah makhluk yg sepatutnya menjadi ‘khadam’ atau ‘hamba’ kepada pengamal2 ilmu sesat/hitam yg nak kuat, nak cantik, nak kaya, nak berkuasa, nak dihormati…tetapi kerana org yg menuntut ilmu ini telah mati dan tidak pula memberitahu anak cucu tentang MANTERA pemati ilmu yg dipelajari, maka sebab itulah hantu2 belaan ini mengikut keturunan yg seterusnya…lantas hantu2 ni pulak yg menguasai manusia!
Berbalik kepada Ilmu tadi, ada ilmu akhirat-sufi, tasawuf, ilmu perang, ilmu sabillillah…maka ada waris2 terdahulu yg mempelajarinya dan ada yg menjadi wali2 Allah…itu juga adalah SAKA tetapi tidak mewariskan kejahatan atau mahkluk2 sesat…
Harap kita semua jangan mengecilkan skop/pespektif ttg masalah SAKA ini hanya kepada perkara2 belaan semata2…takkan jumpa penyelesaiannya jika kita TIDAK melihat usul…kerana sebelum adanya Asal diri…usul diri yg wujud dulu!
Wallahualam!
saya mengalami nasib yang sama…..sekarang sy mengandungkan ank sulong, selepas tahu saya berbadan dua saya mula membenci si suami, perasaan marah yang teramat sangat, mimpi ngeri, perasaan takot bila di dalam rumah kerana ia mengganggu saya. Hidup saya tiodak amat dan sering bertengkar dengan suami. Bila pergi berubat, perasaan marah itu semakin menebal, semangat untuk melawan beretumbuk semakin kuat. Apabila nak solat menjadi malas, mengantok, marah x abis-abis……saya yakin dan pasti ini bukan bawakan baby dalam kandungan.Dan saya juga perasaan saya bolh membaca fikiran seseorang, dan tahu apabila family saya pergi keluar berubat tanpa pengetahuan saya, bantulah saya
Berdoa di dalam nama Isa Al-Masih@ Jesus Kristus…saya jamin 100% anda sembuh.
dalam islam mana boleh berdoa kepada jesus….
salam.. sy nak bertanya mengenai saka ni. Ia terjadi kpd kwn baik saya. saya hanya mampu melihat dan nak membantu, tetapi sy x tahu macamana caranya. seperti ciri-ciri di atas, blh dikatakan semua tu dia ada dan kebetulan sy sendiri melihat peralatan dia spt keris, kain kuning,alat perhiasan dan bacaan. Sy perhatikan sikap dia tu, mmg terlalu cepat marah dan sentiasa betul walaupun dia yg salah. mcmana sy nk membantu dia? masalah nya, dia sediri mcm lbh senang dan nampak terlalu percaya dgn benda tu. ape yg sy tahu lg, dia mggunakan bnda tu utk nampak hebat, blh buat org rasa kasihan dan jatuh syg pada dia. sy kasihan tgk keadaan dia. sy nk mmbantu, tp sy x tahu cara.. blh ker?
Assalamualaikum tuan mmg benar apa yg telah tuan paparkan dan kita sebagai seorang manusia perlu tahu dgn apa yg berlaku pd diri kita , keluarga kita dan sekeliling kita. kita juga perlu berusha untuk membuang segala yg tidak elok yg berada pd diri kita supaya segala kebaikkan dan ketenangan dapat kita rasai. Alhamdulillah selepas sy menjalani rawatan saya rasa lebih tenang dan yakin, tidak seperti sebelum ni sy seorang yang amat panas baran dan selalu bermasalah, sekira ada sebarang persoalan blh hubungi no ini : 0169955322
Saya dan anak saya tertekan selama 14 tahun disebabkan Saka dari isteri saya, selama 14 tahun setiap bulan ada saja yg hendak menjadi tegang atau gaduh, saya memjadi lost confident pada diri saya pada mulanya, tapi lama kelamaan saya mula kaji kelakuan isteri saya. Seperti orang tidak siuman, selalu lupa, malas, lupa masak, lupa kasi makan anak, bangun tidur hingga 9.30 – 10.30am setiap pagi, sehingga dua anak saya yg beri makan pagi, berbulan sampai satu masa saya tegur perang besar. layari Facebook dari 11pagi hingga 2 petang lupa masak tak kasi makan anak. Sayur ikan ayam dalam Icebox berminggu terbiar hingga sayur yg hijau sampai kuning kering pun tak dibuang dlm peti sejuk ini belaku dah bertahun tahun lama nya. bila saya teguh jadi perang besar. pada mula nya sedar tetapi selepas seminggu dua lupa lagi. Sentiasa cakap dia saya yg betul, sedangkan pelajaran darjah 6 pun tiada. Orang lain saga yg salah. Dah jumpa Uztaq Tv3 dlm program Tanyalah Uztaq. tapi tak sampai seminggu semua ayer yg Uztaq beri dia buat tak tahu. Sekarang kes masaallah dah bawa ke pusat Islam Johor, Penasihat Uztaq sana yg suruh berubat yg isteri saya ada Saka. Sekarang sedang berubat di Kulai jaya Kg. Rahmat atas suruhan Pusat Islam Johor. Perkataan yg pertama ” Awak ini Orang yg paling betul dlm dunia ini” Kedua ” Saka daripada Ibu Bapa nya ” Semua Kakak nya ada Saka ” Sekarang masih ada kelakuan nya belum sembuh betul Bila jumpa ahli keluarga sebelah dia, balik rumah dtg balik kelakuan yg lama nya. Tak tahu berapa lama bolih tahan Saya dah mula merasa Ini sangat meyusahkan hidup saya.
nasib awak sama dengan saya………menyusahkan hidup kita
saudara, saya pun ada saka. beratusan/ beribuan sy habiskan utk buangnya, tetapi ada seorang hambaAllah tak mahu mengubat sy kerana dia mengatakan benda sy berat. sehinggakan satu hari sy mula giv up. Kadang2 saya sampaikan solat hajat minta dilenyapkan. tetapi benar juga kata sestengah pihak, jin pun makhluk Allah. saya cuma sentiasa berharap dan berdoa jika dia nak mendampingi sy, sy tak kisah, asalkan dia muslim, tak ganggu, menyakiti, menyusahkan sudah. alhamdulillah so far sy non stop solat, zikir, lyn youtube amibil surah2 pendek buat zikir walaupun lepak dgn member kat kafe. semuanya tenang. dan skrg ini sy amat berpuas hati segala cabaran dan dugaan br la saya rasa diuji oleh Tuhan, bukanya gangguan pihak ketiga
Untuk membuang saka bukan satu perkara mudah, ramai orang yang merawat tapi tak lepas , kalau ada pun peratusan yang kecil saja berjaya itu pun saka yang tak kuat. Kita dilahirkan dengan fitrah suci, yang mana kita pun mahu keadaan sedemikian untuk kembali ke Rahmatullah. Fikiran orang melayu sukakan sesuatu kesaktian, pekara ghaib, wali, jin islam, semua ini adalah perkara yang nabi tidak suruh cari, kononnya itu kononnya ini. Saka tiada lain melainkan jin yang datuk nenek kita mendampingi dengan perjanjian dulu. Jin adalah makhluk kejadian Allah. Dengan izin Allah makhluk ini berkemampuan saperti umur panjang, boleh melakukan sihir, boleh angkat benda berat, boleh jaga kebun , boleh ubat pesakit, boleh bedah batin,masuk pumbuluh darah manusia buat luka kepada organ menjadi kanser, merosak urat saraf otak jadi sakit mental dll. Manusia gunakan kekuatan jin ini untuk kebal diri , membuat lebih yakin lagi apabila ada baca ayat Al-Quran dan selawat. Memang tidak dinafikan betul jadi kuat dan kebal walau pun tiap minggu ambil nombor ekor. Mukjizat Nabi berbanding Sakti Jin nampaknya sama tapi berbeza, jadi untuk elak kita terjurumus eloklah kita kekal fitrah asal diri kita, beramal dan beriman kepada Allah. Jin tidak dapat dilihat melainkan sesiapa yang mendapat anugerah Allah. Sekiranya secara kebetulan jin Islam yang alim membantu kita, ok juga tapi kalau jin kafir akan buat kita terpesung akidah kita semasa sakaratulmaut, ini kita takut, nauzubillah. Allah melarang kita minta perlindungan dari jin ( Surah Al-Jin Ayat 6 ) antaranya sebab ini.
Disudut mendapat rawatan kita dapat banyak tempat perubatan Islam, tapi telah cuba buang saka atau sihir tapi tidak berjaya juga. Mana saja orang sebut kita pergi, mana yang keluar program tv pun kita pergi tapi kesembuhan tidak kesampaian juga, duit habis beribu ribu, sakit bertambah kronik, perpecahan rumahtangga berlaku, kes mental dengan pembunuhan mengejut terjadi. Kita jumpa psaikaitris dia kata makhluk halus ni kepercayaan karut ( wal hal didalam hadith dan Al-Quraan ada sebut syaitan dari golongan jin ini mengkhianati manusia melainkan orang yang beriman ) Psaikaitris kata sakit mental lalu sebab saraf dan saintifik , beri ubat drug yang kuat kesudahan tak sembuh juga. Kemana pula hendak kita tuju ? Orang yang mengalami musibah ini tahu betapa seksanya hidup dan sakit angkara kejahatan jin ini. Untuk mereka yang tidak mengalami tidak tahu, tahu bercakap saja berpandukan kepada logik saja, menasihat pesakit kau mengaji kuat diri jangan tinggal solat, jin akan lari memang benar. Mereka tidak tahu pesakit yang dikuasai jin pada hakikat sebenarnya kehilangan kekuatan itu.
Surat Al-Israa ayat 82 ‘ Dan kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang jadi penawar dan rahmat bagi orang orang yang beriman………. ‘ Maknanya hanya kepada orang yang beriman saja menjadi ianya penawar. Jadi kepada orang yang benar benar suci di tahap yang Allah kehendaki ( Allah saja yang ketahui ) barulah jin tidak dapat menembusi dan saka dan sihir tidak dapat menguasai kita. Rata rata kita semua beriman tapi mungkin tidak sampai ketahap itu. Disamping kita beramal dan berdoa kita terpaksa berikhtiar untuk memulihkan penyakit kita, bagaimana pula caranya?
Sukacitanya bersama ini saya ingin memberi sedikit pengetahuan tentang kefahaman modus operandi makhluk halus ini semoga kita faham kenapa sukar saka atau sihir yang kita alami itu sukar untuk dibuang. Begitu juga perawat ketahap mana dia sanggup merawat ?
Sihir- kejayaan untuk menangkis sihir memerlukan jin jahat ( ramai bilangannya)yang dibuat oleh bomoh itu ditumpaskan, bahan sihir yang ada didalam badan dikeluarkan dulu barulah mandi atau minum air penawar itu mendatangkan kesan. Sekiranya orang yang mengupahkan berjumpa bomoh lain untuk sihir baru, terpaksa perawat menewaskan lagi, begitulah seterusnya. Jin boleh berada didalam badan dan keluar dari badan dan masuk balik. Jin ini licik apabila berada dalam badan panas kena bacaan ayat Al-Quran akan keluar badan, bagaimana perawat hendak mengetasi keadaan ini pula. Sungguh pun kita amal ayat ayat pendinding, dimasa tertentu jin akan masuk balik. Sebab itu untuk merawat bukan lah senang, apakah boleh pesakit yang tenat nak baca ayat sepanjangan atau pasang CD dan berada dalam keadaan berwuduk sentiasa. Perawat pun kadang kadang diserang jin ini dan boleh tumbang dan apakah perawat sanggup menanggong risiko ini, kadan kala terkena ahli keluarga sendiri.
Saka – saperti sihir saka akan menghentam orang yang merawat kalau benteng diri tidak kuat atau mengubat ala kadar saja. Saka boleh ada dalam badan atau diluar badan, setakat hembus , suruh saka pergi pada hakikat sebenarnya saka itu tidak akan pergi. Ada perawat yang sempat tangkap jin masuk botol dan bunuh itu betul tapi yang ada dalam badan saja. Ada saka tunggal, ada yang berpuak puak jadi kalau tak dibunuh kesemuanya gangguan akan tetap ada pada pesakit itu dan masalah tidak akan selesai juga.
Ciri ciri perawat yang dapat menyelesaikan saka dan sihir adalah perawat mempunyai kebolehan berikut:
1. Komited dan mempunyai kepakaran yang lebih dari perawat biasa.
2. Sanggup hadapi risiko tinggi melawan jin dan bomoh jahat.
3. Diri nya ( tanpa khadam ) dapat melihat makhluk halus didalam, diluar badan pesakit dan dijarak jauh.
4. Dirinya ( tanpa khadam ) dapat berdialog secara terus dengan makhluk halus.
5. Dapat mengeluarkan bahan sihir dan jin didalam badan pesakit.
6. Dapat memancung dan kerat jin tidak kira bilangan ribuan yang menyerang dijarak jauh dan dekat dengan kalimah Allah.
7. Dapat mengerat jin jin bomoh jahat sahingga bomoh tersebut sudah tiada kuasa jin lagi untuk melakukan sihir.
8. Menumpaskan bomoh jahat dengan kecederaan dan sakit sahingga serik untuk melakukan sihir atau santau.
9. Menarik bisa keluar dari pesakit dijarak jauh.
Perawat seumpama ini susah untuk dicari tapi ada. Persoalan apakah pihak pesakit sanggup membayar dengan bayaran yang setimpal diatas risiko yang dia hadapi ini yang mana dia juga terpaksa merawat dirinya juga kena tikaman dan sebagainya.
Setakat ini insya-Allah perawat ini banyak membawa kepulihan kepada pesakit pasakit. Beliau tidak tersohor atau mempunyai publisiti tentang perubatan yang beliau lakukan, Alhamdulillah.
Sekian, wassalam.
BAJ
19 Okt 2011
En Baj….boleh ke tolong bagi no telefon perawat tu ..
tk
En. Aman, anda boleh cuba hubungi Baitussyifa D’Mohamad semoga ada jalan sekiranya dia dapat membantu. Setahu saya dia tidak beroperasi buat masa kini dan menolak sebarang rawatan, tetapi sekira anda benar merayu dengan ikhlas hati , mungkin dia sudi. Nasihat saya sekurangnya minta jumpa untuk scan bagi mengenalpasti punca masalah dan sekiranya dia setuju dapat jumpa,tepatilah janji. setelah scan , rayu kepadanya untuk dirawat. Apa kos yang anda bayar insyAllah berbaloi. Awas ! jin dari pesakit akan mempengaruhi supaya kita tidak mahu datang dan sebagainya kerana jin jin itu tahu mereka akan tumpas nanti dengan izin Allah. Hubungi En. Mat melalui sms ( bukan panggilan ) ceritakan masalah dan nyatakan niat iklas saudara . Saya doakan anda berjaya.
sudah kah anda keluarkan saka tersebut. dimana anda berubat. Terima kasih
Assalam. En BAJ, ayah saya dh berumur 83 thn dan jatuh sakit lebih semggu. Ustaz yg mengubati memberitahu ayah saya ada saka dan saka tersebut menganggu ayah saya dipenghujung nyawanya. Saka tersebut sering berjaga mlm tsnpa tidur berckp perkara yg tidak kami fahami. Boleh tak bsntu kami.
Hawa, sila rujuk jawapan saya kepada Aman Sinar diatas, Saya doakan masalah ayah saudari dapat diselesaikan, insyAllah.
Boleh bagitahu mcmana nak jumpa perawat yang di maksudkan
klik baitussyifa d’mohamad atau hantukiller.blogspot , dapatkan tel untuk berhubung. mereka ini insya-Allah ada kelebihan dan kepakaran berbeza dengan yang lain lain. Dalam kes berat kriteria utama perawat mesti boleh nampak jin jadi jin tidak boleh selindung, kedua mesti boleh pancung dan nampak jin itu putus terkulai dll. Setakat baca baca, scan rasa hangat, kerat dengan ranting kayu gesel gesel tapi tak nampak, jin didalam badan senyum saja. Apa yang saya cakap ni realiti sebenar, bukan nak perkecilkan sesiapa. Baguslah ada perawat Islam mencuba cuba tapi harus mantapkan lagi. tapi kena ambil tahu berapa pesakit dah sembuh, ini banyak cerita sedap untuk tarik pelanggan peratus kesembuhan amat kecil dalam kes ringan. Ada kawan boleh nampak jin senyum dalam badan pesakit perempuan apabila ustaz baca diatas kepalanya, jin tidak lari keluar. Selamat berjumpa.
ohh…macam ni rupanya..
kbnyakkan dari artikel di atas saya mmng sedang alaminya … blh dikatakan pd tiap2 mlm2….tp still tak sure la hal ni bkaitan dgn saka tu or tak… hopefully takmau la…
minggu lepas sy dapat tahu dari seorg ustaz sy juga adalah WARIS….sedih tak terkata.
sebenarnya dah rasa mse zaman universti lagi. mcm ada yang tak kene pada diri. tapi tak brani nak cakap dgn spe takut di katanya sy tipu atau gile…..labih 90% saya mengalami apa yang ditulis dalam artikel di atas. paling sakit bila bgn tdo tulang belakang sakit. mcm nak patah pinggang rasa. insyaallah minggu depat bermula rawatan dengan ustaz. harap kawan2 dapat doakan sya….sesungguhnya yang baik tu datangnya dari Allah…dan yang buruk itu adalah kesan dari perbuatan manusia….
salam. sekarang,saya dalam situasi bingung. sebab, baru2 ni, saya ada mimpi digigit ular dan menyusukan anak dan beberapa mimpi seram dan pelik. saya dapat tau yg ia ada kaitan dgn saka. tapi, saya xpasti. saya takut nak tanya sape2. dan ya, saya ada tanda2 sprti yg dikatakan dlm artikel ni. betul ke sy ada saka? sebab, setahu saya, family saya xda yang berkait dgn saka2 macam ni. emm, satu lagi, tapak kaki saya selalu berdenyut kuat dan selalu sakit belakang. hmm, adakah ini semua berkaitan? tolong la saya. terima kasih.
assalamualaikum. saya berumur 22 tahun. saya juga terkena saka. sudah 3 bulan saya mengalaminya. dan bermacam-macam cara sudah saya buat utk mengeluarkan saka tersebut. saya juga sudah mencuba rawatan ruqyah tapi saka tersebut masih ada di dalam badan saya. apa yang saya boleh buat hanya berdoa setiap kali habis solat dan bertawakal kepada Allah kerana perkara ini hanya berlaku dengan keizinan Allah s.w.t.
Sekarang saya masih lagi mencari perubatan utk mengeluarkan saka ini. Semoga saya akan dapat petunjuk daripada Allah s.w.t utk mengeluarkan saka ini dan sembuh spt sedia kala .Insya Allah.
asalamualaikum,
sya penah mimpi dalam mimpi.dimana sya mimpi ade seekor serigala hitam hendak masuk ke rumah dan sya terbangun dari mimpi tersebut tpi sebenarnye sya dlm mimpi dan melihat serigala hitam itu sekali lgi ..mimpi yg sama di mana serigala itu hendak masuk ke rumah.apakah maknanya?)
Salam.. Saya nak tanya mengenai SAKA ANGIN ada x ? Apa tanda2 dia ?
haha…ape mende saka angin…..
santau angin ada la
SOAL JAWAB PAKAR SAKIT TUAN PUAN KANAK2 -KLIK SINI
FREE – KOLEKSI BUKU MEWARNA
ciri2 kt atas tu kbanyakkan sy pn alami jgk. kdg2 rasa ada org tgh tgok, ikut belakang, intip. mcm2 lg bnda pelik slalu trjadi, sape yg suka kn… saka ke tu?
Adakah saka itu dialami oleh bangsa bangsa selain Melayu ?
biar betul nie… pasti ke, jangan salah info da..